• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

TIPS: 5 cara mudah elak serangan siber

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:36 pm
  • 11/07/2022
  • Komen
TIPS: 5 cara mudah elak serangan siber
Share on FacebookShare on Twitter

Penjenayah siber akan sedaya upaya mencuri maklumat peribadi individu untuk tujuan tertentu yang menjejaskan keselamatan pengguna. Mereka akan cuba menggodam peranti individu, lalu mencuri pelbagai data. Antaranya ialah alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, kata laluan, teks perbualan, gambar, video dan banyak lagi.

Bahkan, hal ini juga berpotensi memberi peluang kepada mereka untuk akses media sosial dan akaun bank anda, lalu lakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi mereka. Jadi, sebagai langkah keselamatan, berikut merupakan 5 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk elak serangan siber.



1. Jangan buka e-mel mencurigakan

Jika anda ada terima e-mel yang mencurigakan, terutamanya dari individu tidak dikenali, padam e-mel itu segera. Hal ini perlu dilakukan kerana bimbang jika e-mel itu mengandungi virus atau ada lampiran berniat jahat yang boleh mencuri data anda.

Untuk pengguna Gmail, e-mel yang dikesan berbahaya akan ditempatkan di dalam ruang spam. Ini akan memudahkan pengguna untuk mengelak daripada membukanya.



2. Elak klik & akses laman web yang meragukan

Selain itu, jangan sewenang-wenangnya klik pada pautan atau laman web yang mencurigakan. Mengakses laman web palsu boleh mengakibatkan maklumat peribadi atau kewangan anda dicuri. Ia juga boleh mengakibatkan peranti anda dijangkiti virus atau perisian hasad. Anda boleh ketahui cara kesan laman web palsu di sini.

3. Kemaskini antivirus

Apabila anda selalu gunakan peranti untuk lakukan aktiviti dalam talian seperti perbankan dan membeli-belah, ia boleh menyebabkan anda terdedah kepada ancaman siber. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan WiFi awam. Maka, penting untuk individu memasang anti-virus berkualiti pada komputer. 

Selain itu, kemaskini antivirus yang sedia ada juga penting supaya ia dapat berfungsi dengan baik dan mampu menghalang jenis virus yang baru direka. Elak daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh kerana ia tidak akan melindungi data anda. Antara anti-virus yang dipercayai orang ramai ialah McAfee dan Kaspersky.

4. Kemaskini kata laluan

Pastikan kata laluan e-mel dan media sosial anda dikemaskini secara berkala untuk meningkatkan keselamatan. Ini ada langkah yang penting untuk halang penggodam mendapat akses kepada data anda. Untuk menciptanya, anda boleh gunakan kombinasi huruf, nombor dan karakter istimewa. Rujuk sini untuk hasilkan kata laluan paling selamat.

5. Guna sistem operasi terkini

Pastikan anda sentiasa kemaskini sistem operasi di peranti. Ini merupakan langkah untuk elak peranti diserang virus atau diceroboh penggodam. Anda dicadangkan untuk aktifkan kemas kini perisian secara automatik, supaya peranti anda sentiasa mendapat kemaskini terbaru. Sekiranya peranti anda tidak lagi sokong kemaskini terkini, maka anda perlu naik taraf peranti anda itu.

Sumber

Serangan siber sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila kita bergantung pada peranti dan Internet untuk lakukan aktiviti harian. Jadi, ikut cara di atas supaya peranti anda dapat dilindungi dari ancaman siber.

[Sumber: KPDNHEP]

[Sumber gambar: Skillcast]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 6 cara elak komputer dari terkena virus
  • TIPS: Cara mencipta kata laluan paling selamat
  • Mahu warga emas selamat guna Internet, Google kongsi beberapa langkah untuk pengguna lakukan
Tags: serangan sibertips
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: 5 cara mudah elak serangan siber

TIPS: 5 cara mudah elak serangan siber

11 July 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER