• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 15/07/2022
  • Komen
OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat OnePlus di Malaysia kini mempunyai pilihan telefon OnePlus yang lebih mampu milik, apabila OnePlus Malaysia melancarkan dua model telefon baru, Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G. Ia adalah telefon pintar kelas pertengahan, dengan harga di antara RM1,000 ke RM2,000.

Harga dan promosi jualan

Orang ramai boleh mula mendapatkan dua model baru OnePlus ini mulai 19 Julai 2022, dari Stor Rasmi OnePlus, pengedar sah OnePlus dan laman web OnePlus. Ia juga terdapat di Stor Rasmi OnePlus di Lazada dan Shopee.



Harga jualan rasmi kedua-dua telefon baru ini adalah seperti berikut:

  • OnePlus Nord 2T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,899
  • OnePlus Nord 2T (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,099
  • OnePlus Nord CE 2 Lite (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,199

Khas pada hari pertama jualan iaitu 19 Julai 2022 di Shopee, diskaun RM200 diberikan kepada OnePlus Nord CE 2 Lite.



Manakala untuk OnePlus Nord 2T, pembeli awal antara 19 hingga 31 Julai 2022, akan menerima hadiah percuma berupa OnePlus Nord Buds bernilai RM199 dan 1-tahun perlindungan skrin bernilai RM100. Tetapi hadiah percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Spesifikasi OnePlus Nord 2T

Telefon ini dikuasakan cip kelas pertengahan Mediatek, iaitu Dimensity 1300 5G. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 3.1 yang lebih pantas. Bagaimanapun, kad mikroSD tidak diterima.

Paparannya jenis AMOLED 90Hz 6.43-inci, dengan resolusi HD Penuh. Kaca Corning Gorilla Glass 5 melindungi luar skrin. Pengimbas capjari ada di dalam skrin ini.

Terdapat tiga kamera di belakangnya, iaitu kamera utama 50MP F1.8 Sony IMX766, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera mono 2MP F2.2. Kamera hadapan pula 32MP F2.45, dimuatkan di dalam lubang di sudut atas skrin.

OnePlus mengiklankan pengecasan pantas SuperVOOC 80W sebagai ciri utama telefon ini. Ia mengecas bateri 4,500mAh di dalam Nord 2T menerusi USB-C.

Sistem bunyi juga agak menarik kerana ia ada speaker stereo. Tetapi tiada lagi jek audio 3.5mm disediakan.

Dengan badan setebal 8.2mm serta berat 190 gram, OnePlus Nord 2T datang dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hijau.

OnePlus menjanjikan dua kali kemaskini Android dan tiga tahun kemaskini keselamatan untuk Nord 2T. Ia datang siap dengan sistem operasi OxygenOS 12.1, berasaskan Android 12. Bermakna, telefon ini mampu menerima sehingga Android 14.

Spesifikasi OnePlus Nord CE 2 Lite

Siri Nord CE boleh dikatakan siri paling murah dalam keluarga OnePlus. Nord CE 2 Lite dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, serupa dengan Redmi Note 11 Pro 5G dan Realme 9 Pro 5G. RAM pula jenis LPDDR4x dan storan UFS 2.2 digunakan. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB.

Skrin Nord CE 2 Lite seluas 6.59-inci, jenis LCD 120Hz. Ia berlubang kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.0. Di belakang pula menggabungkan kamera utama 64MP F1.7, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4.

Telefon ini memiliki bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C. Speaker hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari terdapat pada butang kuasa, di sisi telefon.

Sama seperti Nord 2T, telefon ini juga dijamin menerima kemaskini Android dua kali dan kemaskini keselamatan selama tiga tahun.

Ada dua warna disediakan untuk pilihan Nord CE 2 Lite iaitu biru dan hitam.

Tags: OnePlusOnePlus NordOnePlus Nord 2TOnePlus Nord CE 2 Lite
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia

OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia

15 July 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER