• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G akan terdapat di 1,000 sekolah termasuk luar bandar menjelang akhir tahun ini

  • OLEH Najib
  • 1:24 pm
  • 18/07/2022
  • Komen
5G akan terdapat di 1,000 sekolah termasuk luar bandar menjelang akhir tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MenKomm), Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini menyatakan bahawa, sebanyak 1,000 sekolah terpilih di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar akan dibekalkan dengan kemudahan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini. Rangkaian 5G yang diwujudkan di sekolah dapat membantu bukan sahaja pihak pengurusan melalui proses pembelajaran lebih baik, bahkan pengguna di kawasan sekitar turut sama akan menikmati kemudahan yang disediakan.

Annuar bagaimanapun berkata pihaknya masih menunggu persetujuan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk segera melaksanakan inisiatif tersebut.



“Kami menunggu lampu hijau daripada KPM dan saya sudah berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Digital Nasional Berhad (DNB) yang telah memberikan komitmen untuk menjayakan pelaksanaan rangkaian 5G di sekolah. Selain itu, setakat ini juga kami putuskan untuk memilih lima atau enam sekolah sebagai konsep permulaan bagi menguji kemampuan rangkaian 5G ini,” katanya kepada pemberita.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut diperkatakan tentang inisiatif ini. Ia mungkin juga akan menggunakan konsep yang hampir serupa dengan 1BestariNet iaitu menyediakan liputan rangkaian 4G kepada 10,000 sekolah.



Hanya YTL Communications menerusi Yes 5G menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi (telco) yang menyediakan perkhidmatan 5G di Malaysia menerusi rangkaian 5G DNB. Menurut peta perancangan liputan 5G DNB, ia mensasarkan untuk mencapai 40% liputan populasi pada akhir tahun 2022, merangkumi Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak.

Pembinaan rangkaian 5G di Malaysia masih samar-sama

Walaupun media ada melaporkan bahawa telco utama di Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan rangkaian 5G DNB, pembangunan liputan 5G masih tidak diketahui halatujunya kerana kerajaan masih tidak mengumumkan sebarang perkara selepas tamatnya tempoh 8 Julai 2022, tarikh akhir untuk persetujuan menjual 70% pegangan saham DNB kepada enam telco di Malaysia. Annuar Musa ada menyatakan bahawa telco dijangka akan menyelesaikan usaha wajar mereka untuk pengambilalihan ini dalam masa dua bulan, dan perkhidmatan 5G akan tersedia secara meluas pada September.

Sehingga minggu lepas, masih tiada telco menandatangani Perjanjian Akses Rujukan (RAO). Menurut sumber kami, empat telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah menghantar borang permohonan akses dan menandatangani terma yang tidak mengikat untuk perjanjian ekuiti tersebut.

Apa telah jadi dengan 1BestariNet?

Pada tahun 2011, YTL Communications telah dianugerahkan dengan projek 1BestariNet iaitu menyediakan sambungan internet ke 10,000 sekolah dan akses ke platform pembelajaran Frog Virtual Learning Environment (VLE). Pada Julai 2019, kerajaan Pakatan Harapan menerusi KPM tidak lagi menyambung kontrak dengan YTL Communications, sebaliknya melantik Telekom Malaysia, Celcom dan Maxis untuk menyediakan sambungan internet ke sekolah.

YTL mendakwa Kementerian Pendidikan telah melanggar kontrak perjanjian 1BestariNet tetapi telah disangkal oleh KPM. YTL menyatakan bahawa KPM meminta YTL menyediakan internet percuma kerana kerajaan tiada lagi peruntukan untuk perkhidmatan itu dan YTL telah bersetuju. Tetapi kerajaan kemudiannya beralih kepada tiga telco tersebut dan bersetuju membayarnya, walaupun YTL mahu menyediakannya secara percuma.

KPM seterusnya menggariskan lima sebab menolak tawaran YTL. Pertama kerana kos tersembunyi oleh YTL iaitu tidak pernah membayar elektrik untuk menara pemancar yang dibina di sekolah dan premis kerajaan. Kerajaan terpaksa membayar bil elektrik berjumlah RM41.88 juta di 2,715 tapak. Selain itu, terdapat kehilangan pendapatan untuk sewa tapak, malah terdapat banyak kelemahan lain apabila dilaksanakan. Projek YTL juga dilihat tidak mampu menggunakan teknologi terkini dan berkaitan dan kualiti yang disediakan juga tidak memuaskan.

Sementara itu, program PerantiSiswa yang mensasarkan tablet percuma untuk pelajar B40 masih tiada khabar berita hingga kini. Pada hujung bulan Mei, Annuar Musa menyatakan tender pembekalan tablet telah dibatalkan Kementerian Kewangan dan dia berharap, keputusan baru dapat dicapai pada pertengahan Jun. Perancangan awal program ini adalah menyediakan tablet untuk kumpulan pertama pada akhir bulan Jun.

[Sumber: Malay Mail, Annuar Musa]

Bacaan Berkaitan

  • Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai
  • 6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai
  • TM belum tandatangan perjanjian 5G dengan DNB, masih berusaha tepati tarikh 30 Jun
  • 5 sebab kenapa Celcom, Digi, Maxis & U Mobile belum setuju tawaran 5G DNB
Tags: 5gAnnuar MusaDNB
Najib

Najib

POPULAR

5G akan terdapat di 1,000 sekolah termasuk luar bandar menjelang akhir tahun ini

5G akan terdapat di 1,000 sekolah termasuk luar bandar menjelang akhir tahun ini

18 July 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER