• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang muda tak ber-Google untuk cari maklumat, sebaliknya ini saluran yang mereka pilih

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:12 pm
  • 18/07/2022
  • Komen
Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?
Share on FacebookShare on Twitter

Google adalah enjin carian terbesar di atas muka bumi ini. Walau apa pun enjin carian yang anda gunakan, anda akhirnya akan kembali kepada Google untuk pengalaman yang lebih baik. Namun, pihak Google sendiri mengakui yang reputasi mereka selaku enjin carian kian terhakis hari demi hari.

Yang peliknnya, ia bukanlah berpunca daripada pesaing mereka tapi daripada media sosial.



Berdasarkan maklumat dalaman Google, mereka dapati yang Generasi Z (Gen-Z) kini lebih gemar menggunakan Instagram dan TikTok untuk mencari maklumat, walaupun kedua-dua platform itu bukanlah beroperasi selaku enjin carian.

Misalnya, 40% Gen-Z pergi kepada media sosial untuk cari tempat makan tengah hari berbanding Google Maps dan Google Search. Secara tradisionalnya, golongan yang lebih berusia seperti saya gunakan Google Maps untuk lihat rating sesuatu lokasi sebelum memutuskan untuk pergi ke sana.



Apa yang Google lihat adalah cara Gen-Z menghadam maklumat adalah berbeza. Mereka lebih gemarkan maklumat dalam bentuk visual dan video. Kemudian, cara Instagram dan TikTok mempersembahkan maklumat juga berbeza kerana dalam tempoh yang singkat, pelbagai video boleh dipersembahkan kerana dihadkan kepada beberapa puluh saat sahaja.

Google tentulah tidak akan dukuk diam. Mereka mempunyai beberapa inovasi baharu yang diterapkan kepada produk-produk mereka masa-demi-masa untuk jadikan ia lebih interaktif, intuitif, dan kaya maklumat.

Contohnya, dalam tahun 2020 lalu, fungsi Augmented Reality (AR) telah diperkenalkan.

Ingin lihat dengan lebih jauh? Anda boleh dengan Live View.

Live View di Maps membolehkan anda untuk mencari arah menggunakan arahan transit, dalam Perkongsian Lokasi, dan juga mengorientasikan diri dengan mercu tanda. Pelajari lebih lanjut ➡ https://t.co/JCcOUg8BcB pic.twitter.com/HmsGcGv84n

— Google Malaysia (@GoogleMsia) October 5, 2020

Kemudian, kalau anda perasan bila di Google Search, mereka telah mula memasukkan hasil carian video TikTok yang menandakan Google telah mula mengindeks TikTok ke dalam enjin carian.

Sumber: TechCrunch

Tags: GoogleinstagramTikTok
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tahukah anda apakah carian tertinggi rakyat Malaysia untuk tahun 2019?

Orang muda tak ber-Google untuk cari maklumat, sebaliknya ini saluran yang mereka pilih

18 July 2022
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN