• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jual beli ‘cedok & capit ’ di Tiktok, hukumnya haram?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:37 pm
  • 19/07/2022
  • Komen
Jual beli ‘cedok & capit ’ di Tiktok, hukumnya haram?
Share on FacebookShare on Twitter

Anda perasan tak, ada ramai peniaga di Tiktok sekarang menjual item dengan menggunakan konsep cedok? Ada yang cedok barang jualan menggunakan mangkuk, sudu, kotak dan ada juga yang guna penapis makanan. Antara item yang mereka jual adalah alat solek, gula-gula, aksesori dan pelbagai item lain lagi. Ia sudah jadi seperti satu trend.

Contohnya, mereka jual gula-gula dan meletakkan harga secedok gula-gula RM5. Jadi, ketika Live, pengguna akan beli gula-gula dengan harga yang dinyatakan, lalu peniaga akan cedok gula-gula itu sehingga penuh bekas yang digunakan. Tapi, dalam kes ini, pelanggan tidak tahu jumlah dan jenis gula-gula yang diperolehi, jadi apa hukumnya?



Perkara tidak pasti, haram dijual beli

Pakar syariah dan muamalat, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah melalui Facebook berkata, menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Gharar ialah jual beli di mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.

Tambahnya, Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah (Sahih Bukhari dan Muslim). Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, dikira jual dan tidak boleh lagi ada pilihan. Cedok-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.



Ulasnya lagi, jual beli sebegini menurut Ibn Hajar al-Asqalani, sebagai bentuk jual beli jahiliah. Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar. Dr Ahmad Sufian turut mengingatkan orang ramai bahawa kedua-dua penjual atau pembeli adalah diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan perniagaan, mahupun sengaja untuk kandungan media sosial.

Berdasarkan tinjauan saya di Live Tiktok, nampaknya ramai peniaga sudah sedar tentang hal ini. Tidak ramai lagi yang menjual barangan mereka dengan konsep cedok. Malah, ada antara mereka yang menukarnya dengan jualan mengikut timbang.

Memang seronok bila jualan kita dapat sambutan yang hebat dari penonton. Tapi, pastikan kita jualnya dengan cara yang betul dan patuh syariah supaya hasil yang kita perolehi itu berkat.

Jual beli barangan yang kita tidak ketahui rupa atau jumlahnya boleh jatuh haram sebab ia gharar dan Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah iaitu jenis jual beli yang berkaitan dengan ‘cedok’ ini. Bagi saya, memang patut kita jauhi perkara seperti ini, antara hikmahnya, ia boleh mengelakkan pembeli rugi kerana menerima item yang tidak berbaloi dan mengelakkan penjual kerugian kerana beri berlebihan item kepada pembeli. Kalau beli item yang jelas harga serta jumlahnya, kedua-dua pihak akan untung. Betul tak?

[Sumber: MStar, Muamalat.my]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Jual beli ‘cedok & capit ’ di Tiktok, hukumnya haram?

Jual beli ‘cedok & capit ’ di Tiktok, hukumnya haram?

19 July 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN