• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (1) dari RM2,399, mikrofon vlog Sony ECM-G1 & Elon Musk tak jadi beli Twitter | SBM #75

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:39 am
  • 19/07/2022
  • Komen
Nothing Phone (1) dari RM2,399, mikrofon vlog Sony ECM-G1 & Elon Musk tak jadi beli Twitter | SBM #75
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan dalam video ini ialah Nothing Phone (1) dijual di kedai pakaian, WhatsApp tambah banyak reaksi emoji, Elon Musk tak jadi beli Twitter dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.

1. OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia

OnePlus Malaysia lancarkan dua model telefon baru, Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G. Ia adalah telefon pintar kelas pertengahan. OnePlus Nord 2T dikuasakan cip Dimensity 1300 5G. Paparannya jenis AMOLED 90Hz 6.43-inci, resolusi HD Penuh. Nord CE 2 Lite dikuasakan cip Snapdragon 695 5G. Skrin berkeluasan 6.59-inci, jenis LCD 120Hz.



Spesifikasi penuh di sini.

2. Sony ECM-G1, mikrofon vlog superkompak untuk kamera anda

Sony perkenalkan Sony ECM-G1. Ini adalah mikrofon jenis shotgun yang mempunyai pola mendengar superkardiod. Mikrofon ini memfokuskan mengutip audio daripada depan sahaja. Katanya, mikrofon ini ditala untuk lebih sensitif terhadap frekuensi suara manusia untuk hasil vlog yang lebih baik.



Maklumat penuh di sini.

3. Nothing Phone (1) berharga bermula RM2,399 dan dijual di kedai pakaian?!  

Nothing Phone (1) akan mula masuk ke pasaran-pasaran utama seluruh dunia termasuklah Malaysia. Untuk pasaran Malaysia, penjualannya akan dipertanggungjawabkan kepada kedai menjual pakaian, Crossover. Ciri unik telefon ini adalah kemasan belakang yang seakan lutsinar.

Maklumat lanjut di sini.

4. NASA kongsi imej gugusan galaksi paling jauh & jelas setakat ini

NASA telah kongsikan imej pertama yang diperolehi melalui Teleskop Angkasa James Webb, iaitu gugusan galaksi SMACS 0723. Ini merupakan imej galaksi terjauh dan paling jelas yang diperolehi setakat ini. Ia dikenali sebagai Webb’s First Deep Field.

Berita lanjut di sini.

5. Realme C30, peranti kelas permulaan serendah RM429

Realme perkenalkan peranti kelas permulaan Realme C30. Ia dikuasai pemproses Unisoc T612, 12 nm. Skrin 6.5″ HD. Bateri berkapasiti 5,000mAh dan mengecas melalui port mikroUSB.

Spesifikasi dan harga di sini.

6. WhatsApp kini ada ribuan reaksi emoji

Beberapa bulan lepas, WhatsApp ada perkenalkan reaksi di dalam perbualan. Berita baiknya, tak lama lagi, semua pengguna WhatsApp mempunyai pilihan emoji yang jauh lebih banyak.

Berita penuh di sini.

7. Elon Musk “lipat”, kini dia tak jadi beli Twitter

Elon Musk dikhabarkan mengambil keputusan untuk tarik diri daripada mengambil alih Twitter. Di pihak Elon, pasukan peguam menyatakan hal ini berpunca daripada pihak Twitter yang gagal memenuhi beberapa permintaan. 

Berita lanjut di sini.

Tags: nasanothing phone (1)OnePlus Nord 2TOnePlus Nord CE 2 LiteRealme C30Twitterwhatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nothing Phone (1) dari RM2,399, mikrofon vlog Sony ECM-G1 & Elon Musk tak jadi beli Twitter | SBM #75

Nothing Phone (1) dari RM2,399, mikrofon vlog Sony ECM-G1 & Elon Musk tak jadi beli Twitter | SBM #75

19 July 2022
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN