• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 10T dengan Snapdragon 8+ Gen 1 akan dilancarkan 8 Ogos 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:56 am
  • 21/07/2022
  • Komen
OnePlus 10T dengan Snapdragon 8+ Gen 1 akan dilancarkan 8 Ogos 2022
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 10 Pro baru saja dilancarkan di Malaysia April 2022 lalu dan peminat OnePlus bakal ada satu lagi telefon baharu yang boleh merka pertimbangkan. Pengeluar telefon dengan moto “Never Settle” sudah mula menghantar jemputan untuk pelancaran produk baharu, OnePlus 10T, yang akan diadakan pada 3 Ogos 2022 ini di New York.

Ini adalah acara fizikal pertama mereka sejak OnePlus 7T dalam tahun 2019.



Daripada imej teaser yang dikongsikan, anda akan nampak kemasan sandstone yang menjadi satu ikon kepada jenama telefon ini kerana ia telah ada sejak OnePlus One. Maklumat sahih yang kita ada setakat ini tentang OnePlus 10T adalah ia bakal diperkasa SoC Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain telefon, OnePlus juga dikatakan akan mengumumkan sistem operasi baharu yang digelar OxygenOS 13. OnePlus 10 Pro akan menerima sistem operasi yang disuntik pelbagai ciri baharu sebelum OnePlus 10T menerimanya dalam masa akan datang.



It’s bold, it’s fluid, it’s coming 🔜 #OxygenOS13 pic.twitter.com/6GBvcXCxBM

— OnePlus (@oneplus) July 20, 2022

Berdasarkan maklumat OnePlus juga, OnePlus 10T akan dilengkapi bateri 4,800mAh dengan blok pengecas 160W hadir di dalam kotak, satu langkah yang berbeza dengan kebanyakan pengeluar telefon di luar sana.

Kita boleh jangkakan spesifikasi lain yang masih tidah dikongsikan tentang OnePlus 10T untuk sekurang-kurangnya sama seperti OnePlus 10 Pro sedia ada. Misalnya, konfigurasi RAM 12GB, storan 256GB, panel paparan OLED dengan kadar segar semula 120Hz.

Harga jualan semasa OnePlus 10 Pro di Malaysia adalah RM4,199 (RAM 12GB + Storan 256GB).

Anda boleh mengikuti livestream pelancaran telefon ini di YouTube OnePlus pada 3 Ogos 2022 jam 10 malam waktu Malaysia.

Tags: androidOnePlusoneplus 10t
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
OnePlus 10T dengan Snapdragon 8+ Gen 1 akan dilancarkan 8 Ogos 2022

OnePlus 10T dengan Snapdragon 8+ Gen 1 akan dilancarkan 8 Ogos 2022

21 July 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN