• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Reno 8: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:37 pm
  • 21/07/2022
  • Komen
Siri Oppo Reno 8: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo secara rasminya mengumumkan siri Reno 8 dalam pasaran Malaysia. Keunikan siri Reno 8 ini adalah ia menampilkan cip Marisilicon X, cip pemproses imej pertama dalam industri dalam kategori 6nm. Cip ini kali pertama hadir dalam siri flagship Find X5 Pro tapi kini diwariskan kepada siri Reno.

Maklumat penjualan siri Oppo Reno 8 di Malaysia

Siri Oppo Reno 8 di Malaysia ada dua ahli. Ahli pertama ialah Oppo Reno 8 Pro 5G manakala ahli satu lagi ialah Oppo Reno 8 5G. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Oppo Reno 8 Pro 5G – RM3,499
  • Oppo Reno 8 5G – RM2,399

Anda boleh lakukan tempahan awal untuk memiliki siri Reno 8 melalui beberapa saluran seperti Lazada, Oppo Store, Shopee, ataupun Maxis.

Menariknya siri kali ini adalah perbezaan harga sekurang-kurangnya RM400 berbanding generasi sebelumnya. Sebagai perbandingan, Oppo Reno 7 Pro 5G dulu dijual pada harga RM2,999 manakala Oppo Reno 7 5G pada RM1,999.



Seperti biasa, ada promo tempahan awal berjalan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon ini. Promo tersebut berjalan sehingga 29 Julai 2022 ini dan dengan setiap pembelian mana-mana model dalam siri Oppo Reno 8, anda berpeluang beroleh hadiah bernilai sehingga RM1,486.

Antara yang terkandung di dalamnya adalah jaminan daripada cermin pecah selama 1 jam. Kemudian, ada juga kotak hadiah eksklusif bernilai sehingga RM399. Ahli My Oppo pula berpeluang untuk dapatkan hadiah tambahan bernilai sehingga RM888.

Spesifikasi Oppo Reno 8 Pro 5G

Ini adalah versi paling berspesifikasi tinggi dalam kalangan yang dilancarkan. Ia msih menggunakan rekaan kuboid bersisi tajam seperti yang telah digunakan sejak Reno 6 lagi. Tapi rekaan kali ini membawakan kemasan kamera belakang yang lebih segar dan unik.

Anda akan dapati yang panel belakangnya seperti satu unit tanpa kelim kerana di bahagian kamera, bonjolan kameranya tiada sebaran penyambung. Di bahagian kamera belakang, Oppo menempatkan kamera utama 50MP, kamera ultralebsar 8MP dan kamera makro 2MP.

Oppo sangat ingin mengetengahkan cip Marisilicon X mereka yang katanya bawakan keupayaan kamera telefon-telefon ini ke tahap yang lebih tinggi.

Lagi tentang kamera, gambar selfie boleh diambil menggunakan kamera 32MP yang tersempat di lubang paparan bahagian dahi telefon ini. Paparan telefon ini adalah daripada AMOLED sebesar 6.7″ pada resolusi 2412 × 1080. Kadar segar semulanya boleh pergi sehingga 120Hz.

Atas papan utama, Reno 8 Pro diperkasa Mediatek Dimensity 8100-MAX dan ia bergandingan bersama RAM 12GB beserta storan 256GB.

Tangki bateri 4,500mAh membekalkan tenaga kepada segala komponen elektronik telefon ini. Ia mampu menampung cas masuk pada kadar 80W untuk mengisi penuh, daripada 1% hingga penuh pada kelajuan sekitar 31 minit.

Spesifikasi Oppo Reno 8 5G

Versi yang lebih mampu milik ini mempunyai rekaan yang hampir sama dengan versi Pro iaitu rekaan kuboid bersisi tajam. Ia berbeza daripada pendekatan sewaktu Reno 7 dulu apabila versi lebih mampu milik datang dengan rekaan yang jauh sekali bezanya.

Bermula pada papan utama, Oppo Reno 8 mendukung SoC Dimensity 1300 dengan RAM 8GB beserta storan 128GB. Oppo Reno 8 juga ada bateri berkapasiti 4,500mAh dan sistem pengecasannya sama seperti Reno 8 Pro iaitu sistem SuperVOOC 80W.

Di jabatan pengimejan, konfigurasi kamera Reno 8 sama saja dengan Reno 8 Pro. Anda beroleh tiga kamera belakang dengan kombinasi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Cip Marisilicon X tidak hadir pada varian ini. Untuk berselfie, anda boleh gunakan kamera 32MP yang terletak di penjuru paparan telefon.

Bahagian muka Oppo Reno 8 ada panel paparan sebesar 6.4″ daripada jenis AMOLED. Paparan ini ada resolusi 2400 × 1080 dan kadar segar semula setinggi 90Hz.

Tags: androidoppoOppo Reno 8Oppo Reno 8 Protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Oppo Reno 8: Maklumat penjualannya di Malaysia

Siri Oppo Reno 8: Maklumat penjualannya di Malaysia

21 July 2022
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN