• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Intel Core i7-12700H di MSI Raider GE76, apa yang menarik tentangnya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:20 pm
  • 22/07/2022
  • Komen
Intel Core i7-12700H di MSI Raider GE76, apa yang menarik tentangnya?
Share on FacebookShare on Twitter

CPU Intel Core generasi ke-12 yang dilancarkan awal tahun ini adalah satu revolusi yang besar buat syarikat semi konduktor itu. Melaluinya, mereka telah melangkah masuk ke dunia CPU heterologus, seperti SoC telefon pintar.

Intel Core generasi ke-12 menampilkan seni bina yang menggabungkan teras berprestasi tinggi (P-Cores) dan teras cekap tenaga (E-Core), bagi mencapai paras prestasi per watt yang paling optimum.



Salah satu produk terawal yang menerima manfaat daripada Intel Core generasi baharu ini adalah barisan laptop gaming daripada MSI dalam siri Raider GE76. Sebelum saya bercerita tentang apa faedah yang boleh dituai hasil penggunaan CPU baharu, saya bawa anda melihat bahagian luar Raide Ge76 ini terlebih dahulu.

Rekaan garang MSI Raider GE76

Ini adalah sebuah laptop gaming. Jadi, rekaannya mestilah garang. Anda dapat logo msi besar-besar di bahagian atas ni. Bahagian belakang rekaan exhaust udaranya macam kereta sport. Sistem penyejukan pada laptop ini dinamakan Cooler Boost 5 yang katanya ada kipas lebih besar dan heatsink lebih lebar.



Beratnya adalah 2.9kg. Untuk sebuah laptop gaming, ia tidaklah terlalu ringan. Laptop gaming biasanya sedikit berat dan tebal kerana sebahagian besar ruang dimakan oleh elemen penyejuk.

Memang ada laptop berspesifikasi tinggi dalam pakej kompak. Namun begitu, tentu pengeluarnya mengecilkan sistem penyejuk bagi menjimatkan ruang.

Barisan port I/O yang akan anda temui pada laptop adalah:

  • 2 x USB-A
  • 1 x pembaca kad SD di sebelah kanan.

Kemudian di sebelah kiri ada:

  • 1 x USB-A
  • 1 x jek 3.5mm audio
  • 1 x USB-C yang menyokong Thunderbolt 4

Di bahagian belakang ada:

  • 1 x HDMI
  • 1 x DisplayPort
  • 1 x USB-C
  • 1 x port LAN RJ45

Boleh saya katakan yang port I/O yang ditawarkan agak mewah dan memenuhi keperluan saya.

Intel Core i7-12700H sebagai tunjang

Panel paparan model yang saya pandu uji ini adalah “IPS-Level”, menurut MSI. Sekiranya bukan IPS, dua panel yang boleh saya fikirkan adalah TN dan VA. Ia ada resoulsi FHD dengan kadar segar semula sehingga 360Hz.

Pada hemat saya, untuk kegunaan gaming, ia sudah cukup bagus. Cahayanya terang dengan paras kontras yang tinggi. Tapi, anda tentu ingin ketahui apa yang terkandung di atas papan utama MSI Raider GE76 ini.

Bermula dengan CPU, laptop ini mendukung cip Intel Core i7-12700H. Cip pemproses ini mengandunig 14 teras yang digolongkan dalam dua kluster.

Kluster pertama adalah, 6 teras berprestasi tinggi manakala kluster kedua adalah 8 teras cekap tenaga. Selain teras fizikal, ia juga ada 20 bebenang pemproses. Kesemua ini mampu bekerja pada clockspeed setinggi 5Ghz.

Bergandingan dengan CPU ini adalah GPU GeForce RTX 3070 Ti yang mengandungi VRAM GDDR6 seluas 8GB. GPU ini cukup bolehkan anda layan semua permainan yang ada diluar sana termasuk tajuk-tajuk triple AAA.

Selepas CPU dan GPU, kita bergerak kepada RAM pula. Model ini dilengkapi 32GB DDR5 4,800Mhz. Ini adalah module RAM paling baharu dalam pasaran. MSI juga meletakkan SSD NVME seluas 1TB. Untuk sebuah laptop gaming, 1TB pada saya berada dalam kategori hampir tak cukup. Satu permainan AAA saja sudah makan 20%. Kalau anda ada bajet lebih, 2TB adalah sweet spot dan akan makan sedikit masa sebelum ia terisi dengan data-data.

Dengan gandingan semua komponen-komponen premium yang saya sebutkan di atas, saya berkesempatan untuk mainkan beberapa judul permainan AAA dan semuanya dijalankan tanpa masalah walaupun pada tetapan tertinggi. Untuk skor penanda aras Cinebench R32, skor untuk ekateras sangat mengagumkan, ia mendahului beberapa Intel Core-i9 yang lebih berkuasa dan Core-i7 yang lebih laju clockspeed-nya.

Intel Core generasi ke-12 adalah revolusi terbesar mereka

CPU Intel Core generasi ke-12 untuk laptop hadir dalam pelbagai konfigurasi. Siri-H, cip yang diguna pakai dalam laptop yang saya reviu ini berada dalam segmen paling berkuasa. Selain Siri-H, kita juga ada Siri-P untuk laptop harian yang mudah alih dan Siri-U adalah untuk laptop jimat tenaga dan ultrabook.

Selain MSI Raider RE76 ini, ada ratusan lagi laptop yang bakal hadir diperkasa Intel Core generasi ke-12 daripada masa ke masa.

Namun, sekiranya anda berminat untuk menadapat unit. MSI Raider GE76 hadir dalam pelbagai konfigurasi. Di laman rasmi MSI Store Malaysia, ia dijual pada harga RM11,999. Spesifikasi spesifik model yang saya gunakan ini tidak disenaraikan dalam gedung Malaysia, mungkin ia model pasaran lain.Kalau anda cari spesifikasi yang paling hampir, MSI Raider GE76 12UGS 442 dijual pada harga RM14,499.

Tags: Intelintel coreintel core gen-12laptopLaptop gamingMSImsi raider ge76msi raider ge76 12ugs
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Intel Core i7-12700H di MSI Raider GE76, apa yang menarik tentangnya?

Intel Core i7-12700H di MSI Raider GE76, apa yang menarik tentangnya?

22 July 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER