• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesawat MAS 737-800 NG diperbaharui, skrin IFE dibuang dan kerusi ditukar lebih nipis

  • OLEH Najib
  • 12:53 pm
  • 22/07/2022
  • Komen
Pesawat MAS 737-800 NG diperbaharui, skrin IFE dibuang dan kerusi ditukar lebih nipis
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Airlines (MAS), syarikat penerbangan terulung negara baru-baru ini mengumumkan pembaharuan semula pesawat sedia ada mereka, Boeing 737-800 NG. Pembaharuan pada pesawat ini mahu mengetengahkan pengalaman kabin premium menerusi rekaan kerusi baharu, sistem hiburan dalam pesawat dipertingkat menjadi MHStudio, serta kabin yang dikemaskini dengan rekaan identiti Malaysia.

Pesawat Boeing 737-800 NG yang diperbaharui ini akan memulakan penerbangan pada Julai 2022, dan diperkenal secara berperingkat ke dalam sejumlah 38 pesawat. Pesawat ini merupakan pesawat jarak dekat dan sederhana, meliputi destinasi domestik dan antarabangsa.



Kerusi lebih nipis dan ringan

Menurut Malaysia Airlines, pembaharuan ini akan dapat menjimatkan bahan api sehingga 8%, sekaligus menghasilkan karbon lebih rendah untuk kelestarian bumi. Ia dicapai antaranya menerusi rekaan kerusi serba baharu.

Kerusi kelas perniagaan

Kerusi ini dihasilkan menggunakan bahan yang lebih ringan dan ia juga lebih nipis dari sebelumnya. Ruang kaki masih luas dengan kelebaran kerusi masih sama untuk kelas ekonomi iaitu 30-inci, dalam susunan 3-3. Bagaimanapun, kerusi kelas perniagaan mengecil daripada 42-inci kepada 39-inci, kekal dalam susunan 2-2.



Kerusi kelas ekonomi

Dapat dilihat juga, rekaan baru ini membuang 1 baris kelas perniagaan, dari 16 kerusi kepada 12 kerusi sahaja. Tetapi kelas ekonomi ditambah 3 baris, dari 144 kerusi kepada 162 kerusi. Boleh dikatakan, ini lebih menguntungkan jika semua kerusi terjual.

Tetapi pengurangan sebenar berat pada kerusi baharu ini ialah dengan tiada lagi skrin untuk menikmati hiburan dalam pesawat (IFE).

Skrin dibuang, diganti kepada MHStudio

Malaysia Airlines menyatakan, sistem hiburan dalam pesawat (IFE) mereka kini dipertingkat kepada MHstudio. Bagaimanapun, penumpang yang mahu menikmati MHstudio perlu membawa peranti sendiri kerana tiada lagi skrin dipasang pada kerusi.

Skrin ini digantikan dengan tempat meletak peranti. Ia boleh memuatkan peranti sekecil telefon pintar, sehingga sebesar tablet melebihi 10-inci. Di samping itu, MAS juga tidak lagi menyediakan fon telinga. Maka pengguna perlu membawa fon telinga sendiri, atau menggunakan speaker peranti yang mungkin mengganggu penumpang lain.

MHstudio boleh diakses apabila penumpang menyambungkan peranti kepada WiFi pesawat. Bagiamanapun, WiFi ini tidak meyediakan sambungan internet. Hanya akses kepada kandungan yang MHStudio.

MHstudio menyediakan pelbagai kandungan hiburan seperti program TV, filem, podcast, lagu dan bahan bacaan. Pengguna juga boleh menggunakan platform MHStudio untuk membeli-belah di laman Temptations, serta menempah makanan di dalam pesawat menerusi MHskysnacks.

Untuk memastikan peranti penumpang boleh digunakan sepanjang masa, setiap kerusi pesawat ada menyediakan sambungan USB-A dan USB-C untuk mengecas. Di kerusi kelas perniagaan, ada tambahan port kuasa tiga pin untuk mengecas laptop atau apa sahaja.

Langkah penjimatan MAS atau penumpang?

Pembaharuan yang dibuat di dalam pesawat 737-800 NG ini dikatakan akan memberi pengalaman penerbangan lebih baik buat penumpang. Selain itu, ia juga menjimatkan kos penerbangan.

Tetapi secara kasar, penumpang dibebankan dengan keperluan membawa peranti, alat dengar dan kabel mengecas untuk menikmati hiburan. Kerusi yang nipis juga, tidak lagi menyediakan lapik kepala yang tebal.

Pembaharuan ini boleh dikatakan naik taraf buat penumpang, jika ia diterjemahkan kepada harga tiket yang lebih murah atau tawaran lain disediakan. Seperti bagasi daftar masuk lebih banyak, makanan disediakan atau snek tanpa had. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi langkah kapitalis mengaut keuntungan dengan mengorbankan pengalaman pengguna.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang pembaharuan pesawat MAS Boeing 737-800 NG ini, layari laman web Malaysia Airlines.

Tags: Malaysia AirlinesMAS
Najib

Najib

POPULAR

Pesawat MAS 737-800 NG diperbaharui, skrin IFE dibuang dan kerusi ditukar lebih nipis

Pesawat MAS 737-800 NG diperbaharui, skrin IFE dibuang dan kerusi ditukar lebih nipis

22 July 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER