• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB dan Carsome jalin kerjasama, pinjaman kereta mampu diluluskan dalam masa seminit sahaja menggunakan APP telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:40 am
  • 27/07/2022
  • Komen
CIMB dan Carsome jalin kerjasama, pinjaman kereta mampu diluluskan dalam masa seminit sahaja menggunakan APP telefon
Share on FacebookShare on Twitter

CIMB telah melancarkan APP CIMB Auto Dealer. Melalui APP telefon pintar ini (Android, iOS), kelulusan permohonan kemudahan kewangan pembiayaan pembelian kenderaan mampu dilakukan dalam masa satu minit sahaja selepas segala dokumen diperlukan dimuat naik.

Menurut CIMB, ini adalah kemudahan pertama seumpamanya di dalam Malaysia. Dengan moto “1-minute InstaAppoval”, dokumen yang diperlukan untuk menikmati ciri ini adalah seperti salinan MyKad, salinan slip gaji dan/atau penyata KWSP.



Menurut CIMB lagi, bukan sahaja ia memudahkan urusan pembelian kenderaan dilakukan, malahan alam sekitar juga terjaga kerana penggunaan kertas dikurangkan dek tak perlukan sebarang borang fizikal untuk diisi.

Rentetan daripada pelancaran tersebut, Carsome mengumumkan yang 15 Experience Center mereka sudahpun dilengkapi CIMB Auto Dealer APP bagi melicinkan urusan pinjaman pelanggan mereka.



APP CIMB Auto Dealer juga boleh digunakan oleh agen CIMB Auto Dealer sedia ada dengan memuat turun APP itu dan lakukan pendaftaran menggunakan kod dealer anda. Pihak yang berminat untuk menjadi panel dealer boleh  lakukan pendaftaran dengan menghubungi pihak CIMB sebelum mereka gunakan APP tersebut.

Tags: automotifcarsomecimbcimb auto dealercimb car loan app
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

27 April 2023
iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

6 Jun 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
CIMB dan Carsome jalin kerjasama, pinjaman kereta mampu diluluskan dalam masa seminit sahaja menggunakan APP telefon

CIMB dan Carsome jalin kerjasama, pinjaman kereta mampu diluluskan dalam masa seminit sahaja menggunakan APP telefon

27 Julai 2022
MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

12 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER