• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HiSense perkemas penawaran TV 4K mampu milik melalui siri A6100H

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:11 pm
  • 27/07/2022
  • Komen
HiSense perkemas penawaran TV 4K mampu milik melalui siri A6100H
Share on FacebookShare on Twitter

Hisense mengumumkan kemas kini terhadap penawaran TV 4K UHD mampu milik mereka. Siri A6100H hadir dalam pelbagai saiz paparan bermula 43’ hinggalah 65”. Berikut adalah harganya dalam pasaran Malaysia.

  1. HiSense A6100H 43” – RM1,999
  2. HiSense A6100H 50” – RM2,499
  3. HiSense A6100H 55” – RM2,799
  4. HiSense A6100H 58” – RM2,999
  5. HiSense A6100H 65” – RM3,999

Menurut pengeluarnya, model kali ini menampilkan rekaan bingkai nipis untuk pengalaman menonton yang lebih asyik. Port I/O yang boleh anda temukan di bahagian belakang adalah seperti RF, AV, 2 x USB, SPDIF, jek audio 3.5mm dan 3 x HDMI 2.0. Sambungan wayarles pula boleh dilakukan menerusi Bluetooth 5.0 dan juga Wi-Fi 5Ghz.Ada sepasang speaker hadir dengan kuasa output sekurang-kurangnya 5W pada TV ini. Untuk pengalaman bunyi lebih baik, lebih baik anda gunakan sistem audio kendiri.



A6100H adalah siri TV pintar. Sistem operasi yang digunakan adalah VIDAA U5. Aplikasi penstriman arus perdana boleh dipassang daripada Netflix, YouTube, dan lain-lain.

Siri A6100H yang dilancarkan ini adalah kesinambungan kepada siri A6100G yang dilancarkan tahun sudah. Beberapa kelainan yang boleh saya cerap berdasarkan helaian spesifikasi adalah generasi baharu menyokong Wi-Fi 5Ghz, DTS Virtual X serta penggunaan sistem operasi VIDAA U5, versi yang lebih baharu.



Daripada segi harga, ada beberapa varian yang harganya telah turun sebanyak RM200 iaitu yang bersaiz 50”, 55” dan 58”. Yang bersaiz 43” dan 65” mereka masih kekalkan harga generasi yang lalu. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman rasmi produk HiSense A6100H.

Anda boleh layari gedung dalam talian HiSense di Lazada ataupun Shopee untuk lebih banyak tawaran menarik daripada jenama itu.

Tags: HiSensehisense a6100hTV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

HiSense perkemas penawaran TV 4K mampu milik melalui siri A6100H

HiSense perkemas penawaran TV 4K mampu milik melalui siri A6100H

27 July 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN