• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kegendalaan bekalan elektrik besar-besaran di seluruh Semenanjung Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:17 pm
  • 27/07/2022
  • Komen
Kegendalaan bekalan elektrik besar-besaran di seluruh Semenanjung Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 03:24pm, 27 Julai 2022

TNB mengutuskan kemas kini yang menyatakan sebanyak 2.2GW bekalan telah terjejas ataupun 10% daripada permintaan elektrik. Kawasan terjejas yang dipetik adalah seperti Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor, dan Bandar Indera Mahkota.



Kemas kini 01:33pm, 27 Julai 2022

Menurut akaun Twitter YB Fahmi Fadzil, terdapat litar pintar berlaku di salah satu substesen TNB.



Saya difahamkan transmission cable 132kV grid trip. Sedang dalam proses baikpulih. https://t.co/jCmdox6rjz

— Fahmi Fadzil 🇲🇾🏴 (@fahmi_fadzil) July 27, 2022

Wilayah Twitter, Facebook, dan segala macam media sosial heboh tentang kegendalaan bekalan elektrik. Daripada info-info yang dikongsikan netizen, ia seperti berlaku di keseluruhan Lembah Klang daripada hulu hinggalah ke hilir.

Tiba-tiba WiFi terputus di telefon pintar. Ingatkan ada masalah sambungan internet. Selepas beberapa ketika, baru perasan sebenarnya rumah tiada elektrik. Sejurus kemudian, masuk beberapa mesej di WhatsApp tentang keputusan elektrik di tempat lain.

Ada yang laporkan ketiadaan elektrik di Cheras, tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, malahan di Subang Jaya pun ada. Lebih parah, ada juga laporan kegendalaan di luar Lembah Klang. Tidaklah diketahui ia ada kaitan antara satu sama lain ataupun tidak.

Setakat sekarang, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pembekal tenaga elektrik kebangsaan, Tenaga Nasional Berhad. Setakat ini, masih tiada kenyataan atau balasan daripada TNB tentang masalah ini. Cubaan menghubungi TNB juga tidak berjawab.

Tags: TNB
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kegendalaan bekalan elektrik besar-besaran di seluruh Semenanjung Malaysia

Kegendalaan bekalan elektrik besar-besaran di seluruh Semenanjung Malaysia

27 July 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN