• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Google

Google kemaskini Maps, anda boleh tahu bila rakan tiba atau pulang dari sesebuah lokasi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:48 pm
  • 28/07/2022
  • Komen
Google kemaskini Maps, anda boleh tahu bila rakan tiba atau pulang dari sesebuah lokasi
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah kemaskini beberapa ciri pada Maps termasuklah ciri perkongsian lokasi. Dengan adanya notifikasi perkongsian lokasi, anda boleh ketahui bila kenalan anda tiba atau meninggalkan sesebuah tempat.

Contohnya anda dan rakan rancang untuk pergi ke sebuah konsert dan dia datang dari lokasi berbeza dengan anda. Melalui ciri ini, jika rakan anda sudah kongsikan lokasi mereka di Maps dengan anda, maka pada perkongsian itu anda boleh tetapkan alamat konsert, kemudian dapatkan notifikasi apabila rakan anda tiba atau tinggalkan tempat itu.



Ciri ini nampaknya berguna untuk memastikan seseorang sampai ke sesuatu tempat dengan selamat dan ia juga memudahkan individu berjumpa tanpa perlu mesej atau hubungi berulang kali.

Saya cadang untuk guna ciri ini apabila ibu dan ayah saya berdua pulang ke kampung dari KL. Setelah mereka kongsikan lokasi Maps dengan saya, maka saya akan tetapkan lokasi rumah di kampung, kemudian saya akan hidupkan notifikasi untuk tahu jika mereka sudah sampai di sana. Walaupun mereka tidak maklumkan yang mereka sudah tiba di kampung, tapi saya boleh bertenang kerana dapat mengetahuinya melalui notifikasi.



Dari segi privasi, Google berkata notifikasi hanya boleh ditetapkan untuk seseorang, yang telah pilih untuk kongsi lokasi mereka dengan anda. Individu yang berkongsi lokasi akan menerima banyak peringatan bahawa lokasi mereka sedang aktif dan seseorang telah tetapkan notifikasi ketibaan atau kepulangan.

Maps kini sedang lancarkan ciri ini secara global untuk pengguna Android dan iOS. Tapi setakat ini saya tidak jumpa lagi halaman notifikasi di Maps walaupun rakan saya sudah kongsikan lokasinya dengan saya.

[Sumber: 9TO5Google, Google]

Tags: google maps
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google kemaskini Maps, anda boleh tahu bila rakan tiba atau pulang dari sesebuah lokasi

Google kemaskini Maps, anda boleh tahu bila rakan tiba atau pulang dari sesebuah lokasi

28 July 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN