• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (1) banyak aduan, Pesawat MAS diperbaharui & Oppo Pad Air masuk Malaysia | SBM #76

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:12 am
  • 29/07/2022
  • Komen
Nothing Phone (1) banyak aduan, Pesawat MAS diperbaharui & Oppo Pad Air masuk Malaysia | SBM #76
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan ialah, apa program latihan digital terbaharu yang disediakan Google? Nothing Phone 1 ada banyak masalah? Apa kelebihan cip Marisilicon X pada Oppo Reno 8 Pro 5G? Dan banyak lagi berita lain yang dikupaskan. 

1. 5G akan terdapat di 1,000 sekolah termasuk luar bandar menjelang akhir tahun ini

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MenKomm), Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini menyatakan bahawa, sebanyak 1,000 sekolah terpilih di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar akan dibekalkan dengan kemudahan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini. 



Berita penuh di sini.

2. Nak tambah kemahiran dengan Google? Sertai program Gemilang, ada biasiswa & peluang kerjaya dalam ekonomi digital

Google telah lancarkan program latihan digital terbaharunya iaitu Gemilang. Ia menawarkan latihan profesional untuk rakyat Malaysia dan anda boleh dapatkan Sijil Kerjaya Google melaluinya.



Berita lanjut di sini.

3. Oppo Pad Air: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tablet Oppo Pad Air telah dibawa masuk ke Malaysia. Oppo pad air adalah sebuah tablet sebesar 10.36″. Panel paparan beresolusi FHD+ jenis LCD. Ia mendukung SoC Snapdragon 680. Bateri 7,100mAh dan ia cuma menyokong sistem pengecasan 18W sahaja.

Harga dan spesifikasi di sini.

4. Siri Oppo Reno 8: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo secara rasminya umumkan siri Reno 8 dalam pasaran Malaysia. Keunikannya adalah cip Marisilicon X, cip pemproses imej pertama dalam industri dalam kategori 6nm.

Harga dan spesifikasi di sini.

5. ShopBack PayLater, perkhidmatan bayar kemudian secara ansuran 0% faedah dilancar dan logo baru ShopBack diperkenal

ShopBack umumkan perkhidmatan ShopBack PayLater, sejenis perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) untuk pengguna di Malaysia. ShopBack turut memperkenal penjenamaan semula identiti mereka menerusi logo serba baharu.

Berita penuh di sini.

6. Baru seminggu Nothing Phone 1 dijual, sudah ada banyak aduan dan masalah

Nothing Phone (1) telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia akan berada di pasaran mulai 1 Ogos 2022. Tapi sudah ada beberapa negara yang sudah menjual Nothing Phone (1). Disebabkan itu juga, ada yang mengadu banyak masalah tentangnya.

Berita penuh di sini.

7. Pesawat MAS 737-800 NG diperbaharui, skrin IFE dibuang dan kerusi ditukar lebih nipis

Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini umumkan pembaharuan semula pesawat sedia ada mereka, Boeing 737-800 NG. Pertama, kerusi lebih nipis dan ringan. Kedua, Malaysia Airlines menyatakan, sistem hiburan dalam pesawat (IFE) dipertingkat kepada MHstudio.

Berita penuh di sini.

Tags: 5gGoogleMASNothing Phone 1Oppo Pad AirOppo Reno 8Oppo Reno 8 ProShopBack Paylater
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nothing Phone (1) banyak aduan, Pesawat MAS diperbaharui & Oppo Pad Air masuk Malaysia | SBM #76

Nothing Phone (1) banyak aduan, Pesawat MAS diperbaharui & Oppo Pad Air masuk Malaysia | SBM #76

29 July 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN