• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:30 pm
  • 31/07/2022
  • Komen
Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?
Share on FacebookShare on Twitter

Gempar pada awal pagi 31 Julai 2022 apabila ramai mendakwa kejadian hujan meteor menerangi langit sekitar negeri Sarawak. Ia kemudiannya disahkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai komponen daripada Long March 5B milik China yang jatuh nirkawal.

Long March 5B (penerbangan GB-Y3) dilapor menangkut modul makmal Wentian yang akan disambungkan kepada stesen angkasa Tiangong yang sedang dibina negara China. Pelancaran telah direkotkan pada 24 Julai 2022.



Reentry looks to have been observed from Kuching in Sarawak, Malaysia. Debris would land downrange in northern Borneo, possbily Brunei. [corrected] https://t.co/sX6m1XMYoO

— Jonathan McDowell (@planet4589) July 30, 2022

Menurut kumpulan penjejak amatur, roket penujah sekali guna itu memasuki ruang angkasa bermula di Lautan Hindi dan bergerak ke Timur Laut merentasi negeri Sarawak, negara Brunei sebelum jatuh di Laut Sulu, berhampiran kepulauan Palawan, negara Fillipina.

Our latest prediction for #CZ5B rocket body reentry is:
🚀30 Jul 2022 17:08 UTC ± 1 hour
Reentry will be along one of the ground tracks shown here. Follow this page for updates:  https://t.co/SxrMtcJnj0 pic.twitter.com/zmFX2OJG6N

— The Aerospace Corporation (@AerospaceCorp) July 30, 2022

Masalah yang dihadapi agensi angkasa sedunia bukan setakat kemasukan objek angkasa tanpa kawalan, malahan negara China tidak berkongsi trajektori jatuhan kepada umum. Apa yang komuniti dunia boleh lakukan adalah melakukan unjuran dan mengemas kininya daripada masa ke masa yang berkemungkinan besar agak lewat untuk memberi amaran kepada kawasan yang terlibat.



Ini bukanlah insiden pertama, sekurang-kurangnya 4 lagi telah dilaporkan

Buat pengetahuan anda, sudah beberapa kali objek angkasa milik China jatuh tanpa kawalan. Dalam bulan April 2018 lalu, kami ada laporkan Tiangong-1, sebuah stesen angkasa yang tak lagi digunakan jatuh di sekitar Lautan Pasifik.

Masalah dengan Tiangong-1 adalah, pemiliknya sendiri tiada kawalan ke atas objek itu. Ia adalah sebuah protoaip stesen angkasa china yang beroperasi antara 2011 hingga 2018. Dalam tahun 2016,  agensi angkasa negara China mengumumkan yang mereka tidak lagi menerima data telemetri daripada Tiangong-1 dan “lepas tangan”.

Kumpulan penjejak amatur yang berkongsikan kepada dunia bahawa orbit Tiangong-1 sudah mereput dan menggunakan data yang ada, hanya boleh mengunjurkan waktu dan lokasi jatuhan.

Kemudian, dalam bulan November 2019 roket penujah peringkat awal daripada pelancaran satelit geolokasi Beidou-3 M21 dan Beidou-3 M22 telah jatuh memusnahkan rumah penduduk dalam wilayah Xichang. Bukan sahaja kediaman musnah, bahan api yang digunakan adalah toksik iaitu gabungan hidrazin dan nitrogen tetraokside yang sangat mudah terbakar.

This is the aftermath downrange following a Chinese Long March 3B launch from Xichang early Saturday. And that yellow smoke is very toxic hypergolic propellant. Source: https://t.co/VEh5X8Ors0 pic.twitter.com/22IVIpyJOk

— Andrew Jones (@AJ_FI) November 23, 2019

Insiden hampir sama turut dilaporkan di Ivory Coast dalam bulan Mei 2020. Dikatakan yang roket penujah turut jatuh di sekurang-kurangnya 2 kampug di dalam negara itu. Unit yang jatuh tersebut didakwa seberat 18 tan daripada roket Long March-5B. Salah satu objek yang ditemukan penduduk kampung ada paip sepanjang 12 meter.

Reports of a 12-m-long object crashing into the village of Mahounou in Cote d’Ivoire. It’s directly on the CZ-5B reentry track, 2100 km downrange from the Space-Track reentry location. Possible that part of the stage could have sliced through the atmo that far (photo: Aminata24) pic.twitter.com/yMuyMFLfsv

— Jonathan McDowell (@planet4589) May 12, 2020

Antara yang terbaharu adalah di India dalam bulan April 2022. Indian Space Research Organisation (ISRO) mendakwa serpihan daripada pelancaran Long March 3B jatuh ke dalam negara itu. Serphian yang gambarnya dikongsikan kepada media adalah gelung berdiameter antara 2 hingga 3 meter yang seberat 40 kilogram.

I believe this is the reentry of a Chinese rocket stage, the third stage of the Chang Zheng 3B serial number Y77 which was launched in Feb 2021 – it was expected to reenter in the next hour or so and the track is a good match pic.twitter.com/BetxCknAiK

— Jonathan McDowell (@planet4589) April 2, 2022
Tags: angkasamostimysatiangongTiangong Space StationTiangong-1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

31 July 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER