• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Indonesia berang, kerajaan sekat Steam, PayPal, Yahoo dan banyak lagi

  • OLEH Najib
  • 1:58 pm
  • 01/08/2022
  • Komen
Pengguna Indonesia berang, kerajaan sekat Steam, PayPal, Yahoo dan banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 30 Julai lepas, kerajaan Indonesia mengumumkan sekatan akses internet terhadap beberapa platform atas talian. Ia kerana platform-platform tersebut, tidak mendaftar syarikat mereka untuk mematuhi peraturan baru yang telah ditetapkan kerajaan Indonesia.

Menurut Semuel Abrijani Pangerapan, Ketua Pengarah Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia, terdapat 8 Penyelenggara Sistem Elektronik (PSE) telah disekat secara rasmi sejak hari Sabut, 30 Julai 2022 iaitu enjin carian Yahoo, platform permainan Steam, Dota, Counter-Strike, Epic Games dan Origin.com, penyedia perkhidmatan data Xandr serta platform kewangan PayPal.



Semuel Abrijani Pangerapan, Ketua Pengarah Kominfo

Pada awal bulan ini, Semuel telah memberi peringatan kepada semua penyedia perkhidmatan atas talian untuk mendaftar segera. Pada 19 Julai lepas, syarikat teknologi gergasi seperti Meta, Google dan Twitter masih belum mendaftar. Bagaimanapun, mereka segera berbuat demikian dan terlepas daripada sekatan bermula 30 Julai.

Sudah pasti, perkara ini mendapat bantahan ramai pengguna di Indonesia, lebih-lebih lagi berkaitan PayPal kerana wang mereka yang terdapat di dalamnya. Kerana itu, Samuel menyatakan akan memberi kelonggaran selama 5 hari kepada pengguna PayPal. Ia untuk memberi masa kepada pengguna PayPal, mengeluarkan wang mereka daripada platform tersebut.



Selain itu, tiga platform permainan iaitu Steam, Dota dan Counter-Strike telah berhubung dengan Kominfo. Samuel menjelaskan, ia mungkin akan membawa kepada kebenaran diberikan semula dalam tempoh terdekat.

Undang-undang baharu yang dikuatkuaskan oleh kerajaan Indonesia ini telah diumumkan pada bulan November 2020. Dengannya, kerajaan Indonesia boleh mengarahkan platform atas talian menurunkan kandungan yang disifatkan melanggar undang-undang atau yang boleh mendatangkan kacau bilau kepada masyarakat, dalam tempoh 4 jam sekiranya ia mustahak.

Selain daripada itu, kerajaan juga berhak membuatkan pengendali servis dalam talian untuk berkongsi maklumat spesifik dan peribadi pengguna tertentu sekiranya perlu. Melalui undang-undang baharu ini, kerajaan Indonesia berharap perkhidmatan Internet di dalam negara itu akan menjadi lebih selamat dan digunakan dalam cara yang positif dan produktif.

[Sumber: JakartaPost, BusinessTimes, CNBC]

Tags: dotaepic gamesPayPalSteam
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Indonesia berang, kerajaan sekat Steam, PayPal, Yahoo dan banyak lagi

Pengguna Indonesia berang, kerajaan sekat Steam, PayPal, Yahoo dan banyak lagi

1 August 2022
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN