• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 12S berkuasa Leica tidak akan masuki Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:30 pm
  • 02/08/2022
  • Komen
Siri Xiaomi 12S berkuasa Leica tidak akan masuki Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah lancarkan siri Xiaomi 12S mereka dalam bulan Julai 2022 lalu. Ia adalah produk pertama mereka selepas memeterai kerjasama dengan Leica dan yang Xiaomi pertama dilengkapi sensor 1” pada resolusi 50MP. Walau bagaimanapun, lupakan sajalah Hasrat untuk untuk dapatkannya dalam pasaran Malaysia.

Xiaomi mengesahkan yang keluarga Xiaomi 12S yang terdiri daripada 12S, 12S Pro, dan 12S Ultra tidak akan dijual di luar pasaran China, termasuklah Malaysia. Sebenarnya, sebab pelancaran itu dihebahkan pada peringkat global adalah bagi mengwar-warkan kerjasama Xiaomi-Leica pada umum.



Untuk pasaran global, pengguna boleh menjangkakan yang Xiaomi akan mengumumkan siri 12T yang kalau mengikut harierki, berada di bawah 12S. Besar kemungkinan cap Leica tidak akan muncul pada siri 12T.

Berbalik kepada siri 12S, varian 12S Ultra adalah yang ada spesifikasi paling tinggi dalam kalangan yang dilancarkan. Selain kamera utama 50MP, ia juga dilengkapi kamera 48MP untuk lensa ultralebar dan juga 48MP untuk lensa telefoto 5X optikal.



Mendukung cap Leica pada badannya bermakna ada pelbagai ciri kamera menarik, macam yang anda temukan dalam telefon Huawei dulu. Contohnya, ada filter Authentic ataupun Vibrant boleh digunakan. Seperti biasa, tera air Leica kini boleh diselitkan dalam hasil gambar anda.

Di China, Xiaomi 12S Ultra dijual pada harga bermula RMB5,999 (RM3,949) untuk varian RAM 8GB dan storan 256GB.

Tags: androidleicatelefonXiaomi 12SXiaomi 12S ProXiaomi 12S Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Xiaomi 12S berkuasa Leica tidak akan masuki Malaysia

Siri Xiaomi 12S berkuasa Leica tidak akan masuki Malaysia

2 Ogos 2022
Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

11 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER