• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini senarai pusat servis bertauliah untuk Nothing Phone (1) anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:41 am
  • 03/08/2022
  • Komen
Ini senarai pusat servis bertauliah untuk Nothing Phone (1) anda
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon paling hype sejak kebelakangan ini, Nothing Phone (1) dijual di Malaysia pada harga bermula RM2,399. Sebagai jenama yang baru saja bertunas di Malaysia, sudah tentu pengguna awalnya risau akan servis selepas pembelian yang ditawarkan pengeluar telefon ini untuk pasaran tempatan.

Nothing Malaysia telah menyenaraikan pusat-pusat servis bertauliah di laman rasmi mereka sekiranya anda ingin menghantar set Nothing Phone (1) anda untuk tuntutan jaminan ataupun sebarang permasalahan dengan produk mereka. Berikut adalah 7 lokasi tempat anda boleh mendapatkan servis:



  • Kuala Lumpur – Zitron Central: 11th Floor, Office Tower, Menara Cosway, Plaza Berjaya, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
  • George Town – Zitron Penang: 2A, 1ST FLOOR, BROWN ROAD, 10350 PENANG
  • Ipoh – Zitron Perak: 26A, PERSIARAN GREENTOWN 1, PUSAT PERDAGANGAN GREENTOWN,30450 IPOH, PERAK
  • Johor Bahru – Zitron Johor: LEVEL 15A, MENARA PELANGI, NO.2, JALAN KUNING, TAMAN PELANGI, 80400 JOHOR BAHRU
  • Kota Kinabalu – Zitron Sabah: SUITES E11,6TH FLOOR CPS TOWER, CENTRE POINT SABAH, NO1 JALAN CENTRE POINT, 88000 KOTA KINABALU,SABAH
  • Kuching – Zitron Sarawak: 6TH FLOOR, WISMA NAIM LOT 3064, BLOCK 10,JALAN ROCK, 93200 KUCHING,SARAWAK
  • Kuantan – Zitron Kuantan: LOT NO.11-4, B & C, TINGKAT 11, MENAR ZENITH, JALAN PUTRS SQUARE 6, 25200, KUANTAN, PAHANG

Kesemua lokasi pusat servis ini adalah yang dikelolakan oleh Zitron, selaku pengedar sah Nothing Phone (1) di Malaysia.

Buat anda yang terlepas berita, Nothing Phone (1) adalah telefon pertama jenama itu. Produk pertama yang dilancarkan Nothing sejurus penubuhan adalah berupa earfon jenis putik Nothing Ear (1).



Phone (1) adalah sebuah telefon dengan paparan 6.55” 120Hz OLED FHD+. Atas papan utama, ia diperkasa cip Snapdragon 778G+ dengan spesifikasi tertinggi ada RAM 12GB dan storan 256GB. Ciri unik telefon ini adalah lampu LED di bahagian belakang yang dinamakan Glyph Interface.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Nothing Phone (1) di sini.

Tags: androidNothingNothing Phone 1telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER