• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Narzo 50i Prime, telefon murah bawah RM500 tanpa satu perkara penting

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 03/08/2022
  • Komen
Realme Narzo 50i Prime, telefon murah bawah RM500 tanpa satu perkara penting
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Realme tidak memberi peluang kepada Wiko melancarkan telefon pintar berharga di bawah RM500. Ini kerana Realme turut mengumumkan kedatangan telefon dengan harga yang agak serupa.

Realme Narzo 50i Prime diumumkan tiba di Malaysia dan akan dijual mulai 8 Ogos 2022. Realme turut mengadakan promosi sempena tarikh berganda ini. Bermakna, ada diskaun untuk Narzo 50i Prime pada hari pertama jualan.



Harga dan promosi

Terdapat dua varian Narzo 50i Prime akan dijual di Malaysia mulai 8 Ogos kelak iaitu:

  • Realme Narzo 50i Prime (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM429
  • Realme Narzo 50i Prime (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM499

Terdapat dua warna boleh dipilih iaitu Hijau dan Biru Gelap.



Khas pada hari pertama jualan iaitu 8 Ogos 2022, eksklusif di Stor Realme Global di Lazada, diskaun sehingga RM70 diberikan untuk pembeli. Ini menjadikan harganya seperti berikut:

  • Realme Narzo 50i Prime (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM429 RM369
  • Realme Narzo 50i Prime (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM499 RM429

Promosi Realme Narzo 8.8

Selain tawaran untuk telefon baru Narzo 50i Prime, Realme turut memberi promosi menarik untuk produk lain sempena jualan 8.8 pada 8 Ogos. Ia berlangsung di Stor Realme Global di Lazada dan Shopee.

Berikut adalah produk yang terlibat dalam jualan 8.8:

  • Realme Narzo 50A Prime (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM659 RM499
  • Realme Narzo 50A Prime (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM709 RM599
  • Realme Narzo 50 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM859 RM749
  • Realme Narzo 50i (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM499 RM399

Spesifikasi Realme Narzo 50i Prime

Sebenarnya, Narzo 50i Prime adalah telefon yang sangat serupa dengan Realme C30. Malah harganya juga sama. Tidak diketahui mengapa Realme mengubah sedikit rupa luaran dan menampal nama Narzo padanya.

Cip Unisoc T612 12nm menjadi penggerak utama Narzo 50i Prime. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR4X sehingga 4GB dan storan UFS 2.2 sehingga 64GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB, di samping dua lagi slot kad untuk SIM.

Menggunakan paparan LCD seluas 6.5-inci, ia memiliki resolusi HD 720p dan kadar penyegaran 60Hz. Di hadapan ia ada kamera swafoto 5MP F2.2, terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin. Manakala dibelakang satu sahaja kamera 8MP F2.0.

Bateri telefon ini berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan 10W USB-C. Tetapi perlu diambil perhatian, kepala pengecas tidak diberikan di dalam kotak. Perlu dibeli berasingan. Ini bukan kali pertama Realme tidak memberi pengecas untuk peranti murah, kerana ia telah dibuat untuk Narzo 50A Prime sebelum ini. Kalau harga sama, mungkin lebih baik membeli Realme C30 kerana ia masih ada pengecas diberikan.

Telefon ini menggunakan sistem operasi Realme UI R Edition, berasaskan Android 11. R Edition adalah versi ringan, dipercayai menyerupai Android Go yang boleh digunakan lancar untuk telefon berspesifikasi rendah.

Tags: Narzo 50i PrimeRealmeRealme Narzo 50i Prime
Najib

Najib

POPULAR

Realme Narzo 50i Prime, telefon murah bawah RM500 tanpa satu perkara penting

Realme Narzo 50i Prime, telefon murah bawah RM500 tanpa satu perkara penting

3 August 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN