• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 70 tiba minggu hadapan, miliki sensor kamera terbaru Sony IMX800

  • OLEH Najib
  • 3:36 pm
  • 09/08/2022
  • Komen
Honor 70 tiba minggu hadapan, miliki sensor kamera terbaru Sony IMX800
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu lagi telefon pintar baru minggu hadapan. Baru sahaja memperkenal Honor X8 5G minggu lepas, pengguna di Malaysia akan disajiikan dengan telefon pintar kelas pertengahan premium, Honor 70.

Honor 70 akan menggantikan kedudukan Honor 50 yang menjadi telefon pertama dilancar di Malaysia tahun lepas, selepas Honor kembali dapat menggunakan perkhidmatan Google di dalam peranti mereka. Honor 70 akan turut menampilkan rekaan berbeza daripada kebiasaan.



Pelancaran Honor 70 di Malaysia akan diadakan pada hari Khamis, 18 Ogos 2022 pukul 8 malam. Majlis pelancaran ini masih dibuat secara dalam talian dan ia boleh ditonton orang ramai menerusi Facebook Honor Malaysia dan di YouTube.

Tambah Honor, telefon ini adalah “Telefon Pintar Paling Estetik Tahun Ini“. Ini kerana ia menggunakan kemasan belakang yang diilhamkan gelas kristal dan biasan cahaya permata, menghasilkan kesan seperti kilauan berlian dan kelihatan mewah. Honor juga menjelaskan, tiada telefon pintar yang lebih menyerlah setanding Honor 70 yang berada dalam genggaman tangan anda.



Spesifikasi Honor 70

Walaupun belum dilancarkan di Malaysia, siri Honor 70 telah diumumkan di pentas antarabangsa. Tetapi ia diperkenal di dalam tiga model iaitu Honor 70, Honor 70 Pro dan Honor 70 Pro+. Melihatkan hebahan Honor Malaysia, hanya satu model iaitu Honor 70 akan muncul minggu hadapan di sini.

Menurut laman spesifikasi Honor 70 antarabangsa, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 778G Plus, sedikit naik taraf daripada Snapdragon 778G yang digunakan Honor 50. RAM diberikan sebesar 8GB, manakala storan antara 128GB dan 256GB.

Skrin pula jenis OLED seluas 6.67-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin dan lubang di dahi skrin menempatkan kamera hadapan 32MP.

Menampilkan dua bulatan besar di belakang, ia memuatkan kamera utama Super Sensing 54MP F1.9 yang menggunakan sensor Sony IMX800, kamera ultra lebar 50MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4. Satu lagi bulatan kecil adalah LED Flash. Tiada penstabil imej optikal pada kamera ini.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,800mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperCharge 66W menerusi USB-C. Dikatakan mengambil masa hanya 20 minit untuk mengecas dari 0 ke 60%. Kepala pengecas 66W dan kabel USB-C diberikan bersama di dalam kotak.

Sistem bunyi pada Honor 70 hanyalah mono, malah ia tiada jek auido 3.5mm. Sistem operasi pula menggunakan Magic UI 6.1 berasaskan Android 12.

Nantikan laporan lanjut kami pada hari pelancaran Honor 70 iaitu 18 Ogos 2022. Selain tarikh mula jualan, pastinya akan diumumkan harga serta promosi menarik untuk pembeli terawal.

Bacaan Berkaitan

  • Honor 50 dengan Google boleh diguna akan dilancar di Malaysia
  • Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal
  • Honor X8 ditambah 5G, korban banyak perkara untuk kekal harga bawah RM1,000
Tags: honorHonor 70
Najib

Najib

POPULAR

Honor 70 tiba minggu hadapan, miliki sensor kamera terbaru Sony IMX800

Honor 70 tiba minggu hadapan, miliki sensor kamera terbaru Sony IMX800

9 August 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER