• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak padam perbualan WhatsApp dua hari lepas? Anda kini boleh lakukannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:37 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
Nak padam perbualan WhatsApp dua hari lepas? Anda kini boleh lakukannya
Share on FacebookShare on Twitter

Ada dilaporkan sebelum ini bahawa dalam satu ujian Beta, WhatsApp memanjangkan masa untuk padam perbualan melalui ciri “Delete for everyone” daripada 1 jam kepada 2 hari dan 12 jam. Tapi ketika itu hanya pengguna tertentu sahaja yang dapat mencubanya. Namun baru-baru ini, WhatsApp kongsikan melalui Twitter bahawa anda kini mempunyai lebih 2 hari untuk padam mesej perbualan yang sudah dihantar.

💭 Rethinking your message? Now you’ll have a little over 2 days to delete your messages from your chats after you hit send.

— WhatsApp (@WhatsApp) August 8, 2022

Untuk guna tempoh baru ini, penerima perlu kemaskini WhatsApp kepada versi terbaharu agar ia benar-benar berfungsi. Jika tidak, tempoh untuk padam mesej hanyalah satu jam sahaja. Anda juga tidak akan terima notifikasi jika mesej itu tidak dipadam pada WhatsApp penerima.



Saya sudah cuba gunakan kemaskini ini dengan padam perbualan yang telah dihantar pada 2 hari lepas melalui ciri Delete for everyone dan ianya berjaya. Contohnya hari ini bertarikh 10 Ogos, apabila saya nak padam perbualan bertarikh 8 Ogos, saya masih diberi pilihan Delete for everyone. Sebelum ini, saya hanya diberi pilihan Delete for me sahaja untuk padam perbualan yang sudah dihantar dua hari lepas.

Dengan tempoh yang baru ini, anda bolehlah padam sebarang perbualan yang sudah lama dihantar jika berubah fikiran. Tapi, walaupun ciri ini sudah dikemaskini, saya nasihatkan anda tetap fikir sebaiknya sebelum menghantar mesej. Sebab, walaupun anda boleh padam perbualan itu, ia tidak bermakna penerima tidak boleh lakukan tangkap layar pada mesej anda sebelum ia dipadam!



[Sumber: TheVerge]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak padam perbualan WhatsApp dua hari lepas? Anda kini boleh lakukannya

Nak padam perbualan WhatsApp dua hari lepas? Anda kini boleh lakukannya

10 August 2022
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iPad Air M4 (2026): Lebih berkuasa dengan cip M4, kini sokong WiFi 7

iPad Air M4 (2026): Lebih berkuasa dengan cip M4, kini sokong WiFi 7

3 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN