• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:29 pm
  • 11/08/2022
  • Komen
Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp kini sedang bangunkan 3 ciri penting yang bakal meningkatkan privasi pengguna. Ini sekaligus memberikan anda lebih banyak perkara untuk mengawal mesej anda.

1. Pilih siapa yang boleh lihat anda online

Seterusnya ialah kebolehan untuk anda pilih siapa yang dibenarkan untuk lihat status online anda. Ada dua pilihan yang disediakan iaitu Everyone dan Same as last seen. Jika anda sukakan privasi, maka saya cadangkan anda tetapkan last seen kepada Nobody, kemudian pilih Same as last seen untuk online. Jadi, tidak akan ada sesiapa yang tahu anda sedang gunakan WhatsApp. Ciri ini akan mula dilancarkan kepada semua pengguna bulan ini dan anda boleh lihat bahagian privasi di tetapan WhatsApp untuk ketahui ketibaannya.



2. Sekat tangkap layar mesej View Once

Pengguna WhatsApp sudah lama dapat keistimewaan ciri view once pada mesej. Ia membolehkan gambar atau video yang anda hantar itu dilihat sekali sehaja sejurus ia dibuka. Kemudian, ia akan hilang setelah penerima menutupnya. Ciri ini sesuai digunakan apabila media yang anda konsgikan itu mengandungi kandungan privasi.

Tapi, penerima yang tidak amanah masih boleh lakukan tangkap layar padanya apabila pertama kali ia dibuka. Oleh itu, WhatsApp bakal mengaktifkan sekatan untuk tangkapan skrin bagi mesej View Once untuk lapisan perlindungan tambahan. Mereka sedang menguji ciri ini dan akan lancarkannya kepada pengguna tidak lama lagi.



Sumber

3. Keluar dari kumpulan secara senyap

Pernah tak anda tiba-tiba di tambah dalam satu kumpulan WhatsApp yang tidak penting, kemudian anda rasa mahu keluar dari kumpulan itu? Tapi dalam masa yang sama anda bimbang jika ahli kumpulan lain akan berkecil hati. Jika ini masalah anda, maka anda tak perlu risau lagi sebab WhatsApp akan membolehkan anda keluar dari kumpulan itu secara senyap. Maksudnya, ahli kumpulan lain tidak akan tahu anda keluar, hanya admin kumpulan sahaja akan dimaklumkan. Ciri ini akan mula dilancarkan kepada semua pengguna pada bulan ini.

Mana satu ciri privasi yang anda mahu? Oleh kerana WhatsApp diguna oleh ramai orang, maka saya rasa semua ciri ini penting untuk diwujudkan. Saya paling suka kebolehan untuk keluar dari sesebuah kumpulan dengan senyap. Maka, apabila anda ciri ini, tiadalah ahli kumpulan lain berkecil hati melihat notifkasi pada mesej kumpulan yang mengatakan saya keluar atau “Fatin left”.

[Sumber: WhatsApp, GSMArena]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

Takut orang tangkap layar mesej ‘View Once’ anda? WhatsApp akan menghalangnya

11 August 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN