• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Senarai 10 masalah iPhone yang paling banyak dicari di Google, anda pernah alami yang mana?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:32 pm
  • 12/08/2022
  • Komen
Senarai 10 masalah iPhone yang paling banyak dicari di Google, anda pernah alami yang mana?
Share on FacebookShare on Twitter

Apa masalah besar yang pernah anda hadapi semasa gunakan iPhone? Pernah tak alami situasi bateri iPhone tidak boleh dicaj, Face ID tak berfungsi atau iPhone diserang virus? Jika ada, sebenarnya itu merupakan isu biasa yang dihadapi pengguna, maka anda bukanlah hadapinya keseorangan. Malah, ada banyak lagi masalah lain yang sering pengguna hadapi. Freedom Mobiles, telah kumpulkan lebih daripada 130 kata kunci berkaitan masalah iPhone yang paling banyak dicari di Google.

Hasil carian dikategorikan kepada 3 iaitu UK, AS dan global. Ini dilakukan supaya anda boleh lihat sama ada isu yang timbul ini berbeza atau sama mengikut lokasi. Secara keseluruhannya, carian teratas kata kunci isu iPhone yang dicari adalah berkaitan dengan kod laluan dan Face ID.



Ramai masukkan kod laluan salah sehingga 10 kali?

Carian paling tinggi adalah berkaitan kata kunci “iPhone is disabled. Connect to iTunes“. Ayat tersebut akan dipaparkan selepas sepuluh percubaan kod laluan yang salah dimasukkan. Telefon akan terkunci untuk melindunginya daripada digodam. Mungkin kejadian ini berpunca dari kanak-kanak yang selalu cuba membuka telefon orang dewasa, lalu pemilik telefon harus mencari cara untuk membukanya semula. Carian ini dilakukan secara purata 42 ribu kali sebulan.

Isu kedua yang dicari ramai ialah lupa kod laluan iPhone, dengan jumlah purata carian 38 ribu sebulan. Carian ini berkait rapat dengan carian pertama. Antara punca seseorang lupa kod laluan adalah apabila sudah lama tidak menggunakannya kerana sering bergantung pada Face ID untuk mengakses iPhone.



Untuk selesaikan masalah kod laluan, anda perlu gunakan komputer untuk letakkan iPhone dalam mod pemulihan. Melaluinya, anda boleh padam data iPhone dan kembalikannya semula daripada sandaran. Selain itu, anda juga boleh tetapkan iphone anda sebagai peranti baharu dan muat turun semula data dari iCloud.

Masalah Face ID dihadapi ramai?

Adakalanya masalah Face ID berlaku hanyalah disebabkan punca yang kecil, contohnya bahagian muka dihalang dengan objek dan kamera ditutupi dengan kekotoran. Carian mengenai isu ini dilakukan secara purata sebanyak 32 ribu kali sebulan.

Cara untuk selesaikannya juga mudah, antaranya ialah periksa tetapan Face ID dan lakukan kemaskini peranti. Tapi, sekiranya Face ID masih tidak berfungsi dan anda sudah cuba pelbagai cara untuk selesaikannya, langkah terakhir yang boleh diambil adalah hubungi Apple Support. Hal ini kerana, hanya juruteknik terlatih sahaja yang boleh baiki peranti anda.

Sepanjang tempoh anda gunakan Apple, anda ada tak anda alami isu berkaitan 10 senarai di atas? Jika satu hari nanti anda alaminya, anda boleh semak halaman sokongan rasmi Apple untuk dapatkan tips bagi menyelesaikannya.

[Sumber: 9TO5Mac, Freedom Mobiles]

Tags: appleiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Senarai 10 masalah iPhone yang paling banyak dicari di Google, anda pernah alami yang mana?

Senarai 10 masalah iPhone yang paling banyak dicari di Google, anda pernah alami yang mana?

12 August 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER