• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple bakal banjirkan iPhone anda dengan iklan?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:02 am
  • 16/08/2022
  • Komen
Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu kolum berkaitan teknologi di Bloomberg, Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mempertingkat keuntungan syarikat. Ada macam-macam cara sedang mereka lakukan dan salah satunya adalah memperluas perkhidmatan pengiklanan di dalam ekosistem iOS.

Menurut orang kuat yang mengendalikan hal-hal pengiklanan dalam ekosistem iOS, buat masa ini, segmen itu menyumbang kira-kira USD 4 billion dan mereka mensasarkan untuk naikkannya kepada lebih USD 10 billion.



Berdasarkan pemerhatian penspekulasi, iklan di dalam iOS akan terus menular ke APP-APP lain. Contoh yang paling munasabah adalah Apple Maps. Seperti Google Maps, Apple pastinya nampak potensi pengiklanan dalam aplikasi pemetaan mereka dan dengan menggunakan data yang mereka pungut daripada segenap pelosok ekosistem iOS, perkhidmatan iklan bersasar adalah tidak mustahil.

Lagi tempat yang dijangkan akan dibanjiri iklan adalah Apple Books, Apple Podcast, dan Apple TV+.



Iklan yang bakal anda saksikan bukanlah daripada pihak ketiga, sebaliknya pengiklan yang membelinya terus daripada Apple seperti anda membeli iklan di Google Adsense untuk dipaparkan di dalam telefon Android.

Apple tidak lagi menyediakan kerangka pengiklanan untuk pihak ketiga selepas platform iAd dimansuhkan dalam tahun 2016.

Walau apapun, anda perlu jangkakan yang peranti iOS/iPadOS anda akan dibanjiri iklan suatu masa nanti untuk menampung keghairahan Apple mengaut keuntungan.

Sumber: Bloomberg

Tags: appleiklanipadiphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro

Apple bakal banjirkan iPhone anda dengan iklan?

16 August 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN