• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KiplePay hantar notis kebocoran data kad pengguna selepas kes iPay88, tetapi pengguna tidak perlu khuatir

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 17/08/2022
  • Komen
KiplePay hantar notis kebocoran data kad pengguna selepas kes iPay88, tetapi pengguna tidak perlu khuatir
Share on FacebookShare on Twitter

KiplePay, salah satu dari puluhan penyedia perkhidmatan eWallet di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Green Packet Berhad, telah menghantar notis amaran kepada pengguna kad prabayar mereka. Notis ini sebagai makluman untuk mengingatkan pengguna tentang risiko yang mungkin mereka hadapi akibat pencerobohan data di gerbang pembayaran pihak ketiga.

Walaupun tidak menyebut dengan jelas, pihak ketiga yang dinyatakan oleh KiplePay ini pastinya merujuk kepada iPay88. Peringatan ini dihantar selaras dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM) yang meminta agar penyedia perkhidmatan memaklumkan pengguna yang mungkin terlibat supaya berjaga-jaga, dan langkah yang diambil syarikat untuk menjaga keselamatan pengguna.



Kad Kiple Visa Prepaid

Dalam notis yang dihantar KiplePay kepada pengguna, mereka menyatakan bahawa pengguna Kiple Visa Prepaid Card mungkin berhadapan data mereka tertiris. Kiple telah berhubung dengan pakar keselamatan dan forensik data untuk menyiasat perkara ini. Kiple juga menegaskan bahawa teknologi perlindungan penipuan mereka sentiasa memantau sebarang aktiviti mencurigakan, bagi memastikan keselamatan pengguna.

Dalam proses siasatan forensik yang berjalan, Kiple akan memaklumkan pengguna yang terlibat jika mereka terkesan daripada ketirisan data ini, atau jika ada aktiviti mencurigakan. Pengguna juga dinasihatkan untuk memaklumkan terus kepada Kiple jika melihat atau curiga terhadap transaksi, dengan menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan Kiple di talian +603 3000 8929 atau emel ke [email protected].



Setakat ini, iPay88 sendiri selaku pihak yang terkesan terus dengan pencerobohan data ini masih tidak memaklumkan langsung sebarang maklumat tentang isu ini. Mereka hanya mengeluarkan kenyataan tentang ia berlaku dan dikesan sejak Mei lepas. Tiada berita tentang punca, sumber, pelaku ataupun kesan kepada pengguna. Malah tidak juga berkongsi langkah pencegahan atau peringatan kepada pengguna tentang apa yang perlu dilakukan.

Penyedia perkhidmatan kewangan dan perbankan lain pasti akan menghantar makluman seperti apa yang Kiple lakukan ini. Pengguna tidak perlu khuatir di tahap ini, kerana ia hanya pemberitahuan umum. Tetapi ambil perhatian jika terdapat notis menyatakan bahawa anda terkesan terus dengan ketirisan data ini. Langkah seterusnya perlu diambil bergabung kepada penyedia perkhidmatan, mungkin perlu menukar kad atau pergi ke cawangan berhampiran untuk urusan lain.

Bacaan Berkaitan

  • iPay88 umum berlaku pencerobohan dan ketirisan data kad pengguna, selepas 2 bulan
Tags: ipay88KipleKiplepay
Najib

Najib

POPULAR

KiplePay hantar notis kebocoran data kad pengguna selepas kes iPay88, tetapi pengguna tidak perlu khuatir

KiplePay hantar notis kebocoran data kad pengguna selepas kes iPay88, tetapi pengguna tidak perlu khuatir

17 August 2022
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN