• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CIMB OCTO, aplikasi perbankan serba baharu pengganti CIMB Clicks dilancar secara berperingkat

  • OLEH Najib
  • 1:44 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
CIMB OCTO, aplikasi perbankan serba baharu pengganti CIMB Clicks dilancar secara berperingkat
Share on FacebookShare on Twitter

CIMB, salah satu bank terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan aplikasi CIMB OCTO. Ia adalah aplikasi perbankan baharu mereka, dicipta semula dari asas untuk memenuhi permintaan akan datang.

Secara ringkas, aplikasi CIMB OCTO akan menggantikan CIMB Clicks tetapi fungsi yang dilancar di CIMB OCTO sekarang masih terhad. Sementara itu, pengguna masih boleh terus menggunakan aplikasi CIMB Clicks. Fungsi penuh CIMB OCTO dijangka tersedia pada pertengahan pertama 2023.



Pembaharuan utama di CIMB OCTO ialah antaramuka yang boleh diubahsuai. Ini membolehkan pengguna menetapkan apakah ciri yang mereka mahukan di halaman utama.

Selain itu, dengan pembinaan semula aplikasi, ia membenarkan CIMB OCTO untuk ditambah lebih banyak fungsi canggih dengan pantas di masa akan datang. Lebih penting lagi, ciri keselamatan lebih tinggi. Rekaan perisian lama di CIMB Clicks dikhuatiri telah mencapai hadnya dan sukar untuk dipertingkat dengan ciri baru.



Orang ramai boleh mula memuat turun aplikasi CIMB OCTO di Apple Appstore, Google Playstore dan Huawei AppGallery.

Antara ciri-ciri yang terdapat di CIMB OCTO sekarang adalah:

  • My Account dan transaksi
  • Penghantaran wang sesama akaun sendiri
  • Penghantaran wang pihak ketiga
  • Penghantaran DuitNow
  • Pembayaran pinjaman dan kad
  • JomPay
  • Tambah nilai prabayar
  • Menambah kegemaran
  • DuitNow QR

Fungsi baharu yang akan disediakan dalam masa terdekat pula adalah:

  • Kebenaran penghantaran secara biometrik atau kod pas, sehingga RM500
  • Paparan maklumat kad kredit dan CVV
  • Melihat resit penghantaran dalam sejarah akaun

Fungsi baharu yang sedang dirancang untuk CIMB OCTO pula ialah:

  • Penghantaran wang ke luar negara
  • Cadangan dan perkongsian maklumat
  • Widget
  • Penghantaran DuitNow QR rentas sempadan
Tags: cimbCIMB ClicksCIMB OCTO
Najib

Najib

POPULAR

CIMB OCTO, aplikasi perbankan serba baharu pengganti CIMB Clicks dilancar secara berperingkat

CIMB OCTO, aplikasi perbankan serba baharu pengganti CIMB Clicks dilancar secara berperingkat

18 August 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN