• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad 8, tablet besar, nipis dan ada 8 speaker dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:01 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
Honor Malaysia akan lancar tablet 12-inci dan laptop diperkasa NVIDIA RTX2050
Share on FacebookShare on Twitter

Mengiringi pelancaran telefon pintar Honor 70 malam ini, adalah tablet Honor Pad 8. Ini adalah usaha pertama Honor Malaysia menjual tablet mereka di Malaysia. Honor sebenarnya sudah banyak melancarkan tablet di luar sana, tetapi baru kali ini dibawa ke Malaysia.

Honor Pad 8 menawarkan tablet dengan skrin yang lebih besar daripada kebiasaan. Ia juga hadir dengan speaker stereo yang banyak. Tablet ini baru dilancarkan di China bulan lepas dan Malaysia kelihatan sebagai pasaran terawal menerimanya di peringkat antarabangsa.



Harga dan jualan

Orang ramai boleh mendapatkan tablet Honor Pad 8 mulai 27 Ogos 2022. Harga jualan rasminya adalah seperti berikut:

  • Honor Pad 8 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,399

Pembeli awal mulai 27 Ogos 2022 akan menerima hadiah percuma bernilai RM318 iaitu casing berdiri Honor Pad 8 serta jaminan lanjutan 1-tahun. Orang ramai boleh membelinya secara atas talian di laman web Hihonor.com, stor Honor di Lazada dan Shopee, serta luar talian di Stor fizikal Honor Malaysia, Courts, Harvey Norman, Senheng, Senq dan Urban Republic.



Spesifikasi Honor Pad 8

Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 680 6nm, pemproses kelas pertengahan dan hanya ada dalam versi WiFi, tiada LTE atau 5G. Ia disediakan dengan RAM 6GB bersama storan 128GB sahaja. Tiada slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Walaupun namanya ada nombor 8, skrin tablet ini sebenarnya lebih besar daripada biasa iaitu 12-inci. Ia jenis LCD IPS, dengan resolusi 2K (2000×1020) dan kecerahan setinggi 350nits. Tablet ini tiada pengimbas capjari.

Hanya ada dua kamera dipasang pada Honor Pad 8. Kamera belakang 5MP autofokus dan kamera hadapan 5MP fokus tetap di atas skrin. Tiada takuk atau lubang pada skrin.

Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi 8 pembesar suara. Ia gabungan 4 unit treble dan 4 unit bass, menyokong teknologi bunyi Honor Histen dan DTS:X Ultra. Bagaimanapun, tiada jek audio untuk dicucuk fon telinga berwayar tetapi ada adptor USB-C ke 3.5mm diberikan.

Sistem operasi pula menggunakan Magic UI 6.1 berasaskan Android 12.

Kenali tablet terbaru Honor Pad 8 ini menerusi video reviu kami di sini.

Tags: honorHonor Pad 8
Najib

Najib

POPULAR

Honor Malaysia akan lancar tablet 12-inci dan laptop diperkasa NVIDIA RTX2050

Honor Pad 8, tablet besar, nipis dan ada 8 speaker dilancar di Malaysia

18 August 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN