• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang lain naik harga, Microsoft 365 pula turun harga akibat perubahan pasaran

  • OLEH Najib
  • 4:03 pm
  • 22/08/2022
  • Komen
Orang lain naik harga, Microsoft 365 pula turun harga akibat perubahan pasaran
Share on FacebookShare on Twitter

Antara perisian atas talian yang banyak dilanggan pengguna profesional adalah Microsoft 365. Ia menyediakan pelbagai perisian kegunaan pejabat berfungsi penuh, seperti Word, Excel, Powerpoint dan banyak lagi, dalam membayar langganan bulanan atau tahunan. Sementara harga langgan perisian lain saban tahun meningkat, Microsoft mengumumkan akan menurunkan harga untuk Microsoft 365.

Biar betul?



Dalam satu emel yang kami telah selidiki sah kebenarannya, Microsoft telah mengutuskan kenyataan bahawa mereka akan menurunkan harga langganan untuk Microsoft 365 Personal, daripada RM27/bulan kepada RM22/bulan. Harga baru ini akan berkuatkuasa mulai 1 September 2022.

Microsoft juga menyatakan, perubahan harga ini dibuat sebagai kesan kepada perubahan suasana pasaran. Harga baru ini akan dikenakan kepada pengguna dalam kitaran bayaran seterusnya, selepas 1 September 2022.



Perkara ini turut dikesan untuk pelan Microsoft 365 Family. Portal Amanz melaporkan, harga untuk pelan Microsoft 365 Family akan dikurangkan daripada RM36/bulan kepada RM29/bulan. Ia berkuatkuasa mulai 1 September 2022 juga.

Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat ditemui secara rasmi, termasuk di laman web Microsoft Malaysia. Ia masih memaparkan harga lama iaitu RM27 untuk Personal dan RM36 bagi Family. Pengguna yang mahu lebih penjimatan, boleh melanggan secara tahunan iaitu RM 269/tahun untuk Personal dan RM359/tahun bagi Family. Mungkin harga tahunan ini akan turut turun jika benar harga berubah pada 1 September nanti. Atau beli secara atas talian daripada pengedar sah Microsoft, di Shopee Mall.

Kami telah mengajukan persoalan tentang perubahan harga ini kepada wakil Microsoft Malaysia, tetapi mereka sendiri tidak dapat mengesahkan perkara ini. Notis ini mungkin diberikan kepada pengguna sedia ada dan masih belum ditawarkan kepada pengguna baru.

Selain menyediakan perisian pejabat, Microsoft 365 turut memberikan storan awan sebanyak 1TB kepada pelanggan. Akaun Personal boleh digunakan oleh satu pengguna sahaja, manakala akaun Family boleh berkongsi sehingga 6 orang dengan setiap seorang menerima 1TB storan awan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman produk Microsoft 365.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: MicrosoftMicrosoft 365Office 365
Najib

Najib

POPULAR

Orang lain naik harga, Microsoft 365 pula turun harga akibat perubahan pasaran

Orang lain naik harga, Microsoft 365 pula turun harga akibat perubahan pasaran

22 August 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN