• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Filem Thor Love & Thunder boleh ditonton di Malaysia mulai September

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 23/08/2022
  • Komen
Filem Thor Love & Thunder boleh ditonton di Malaysia mulai September
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat filem Marvel di Malaysia sangat kecewa kerana tidak dapat menonton filem terbaru dalam siri Marvel, Thor: Love and Thunder di pawagam bulan lepas. Tetapi perkara ini boleh diubati tidak lama lagi kerana Disney Malaysia mengumumkan ia akan ditayangkan secara strim atas talian, di platform Disney+ Hotstar.

Filem Thor: Love and Thunder akan mula disiarkan di Disney+ Hotstar pada 8 September 2022. Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 6 Julai 2022, bermakna ia mengambil masa hanya 2 bulan untuk tiba di Disney+ Hotstar.



Perkara ini bukanlah baharu, kerana Disney sering menayangkan filem terbaru mereka di Disney+ Hotstar, sekitar 2 bulan selepas dilancar di pawagam. Ia bermula daripada filem Black Widow pada tahun 2020, diikuti filem Shang-Chi dan Jungle Cruise tahun lepas, serta filem Eternals awal tahun ini.

Tambah Disney lagi, siaran filem terbaru Marvel ini dibuat seiring dengan Hari Disney+ Hotstar pada 8 September. Dalam tempoh ini, Disney akan turut menyiarkan beberapa rancangan baru mereka di platform strim atas talian ini. Antaranya “Obi-Wan Kenobi: A Jedi’s Return”, “Welcome to the Club”, “The Zone: Survival Mission”, “Tierra Incognita” serta program nyanyian “Frozen” dan “Frozen 2” sing-along.



✨ 15 hari, 12 jam✨

Nah kitorang tolong kira berapa lama lagi until kita boleh sama-sama celebrate #DisneyPlusHotstarDay! Korang excited nak strim yang mana dulu 🤗 pic.twitter.com/Tmhw6u5NqH

— Disney+ MY (@DisneyPlusMY) August 23, 2022

Peminat Disney di Malaysia juga berpeluang mendapatkan pelbagai cenderahati istimewa rancangan Disney+ Hotstar yang baru, menerusi Stor Online Disney Malaysia.

Jika anda belum melanggan Disney+ Hotstar, anda boleh melakukannya dengan melayari portal Disney+ Hotstar Malaysia. Hanya ada satu pelan disediakan, berharga RM54.90 untuk 3 bulan.

Tetapi jika anda pelanggan pek Movie Astro, anda boleh menebus pendaftaran percuma Disney+ Hotstar di sini. Pengguna Unifi pek Ultimate juga dapat langganan percuma Disney+ Hotstar, maklumat lanjut di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Disney+ Hotstar & BeIN Sports akan datang ke Unifi TV dan diberi percuma bagi pelanggan Ultimate Pack
  • Disney+ Hotstar Malaysia: Ultra HD 4K, sokongan peranti dan cara membayar langganan
  • Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform
Tags: DisneyDisney Plus HotstarMARVEL
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Filem Thor Love & Thunder boleh ditonton di Malaysia mulai September

Filem Thor Love & Thunder boleh ditonton di Malaysia mulai September

23 August 2022
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN