• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan disiarkan di Netflix, boleh ditonton di TV atau peranti mudah alih

  • OLEH Najib
  • 6:11 pm
  • 25/08/2022
  • Komen
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan disiarkan di Netflix, boleh ditonton di TV atau peranti mudah alih
Share on FacebookShare on Twitter

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof, telah menjadi fenomena di Malaysia apabila menjadi filem paling tinggi kutipan tiket di Malaysia. Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam, ia telah mengutip sebanyak RM90 juta, mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta di Malaysia sebelum ini.

Jika ada yang masih belum menontonnya atau mahu menonton kembali, anda boleh berbuat demikian apabila Netflix menyenaraikan filem Mat Kilau bahawa ia akan datang ke Netflix. Ia diumumkan di dalam perkongsian Netflix di YouTube, untuk kandungan yang akan tiba di Netflix pada bulan September.



Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada ia akan boleh ditonton di seluruh dunia, atau terhad di beberapa negara sahaja. Ini kerana filem kanak-kanak kegemaran ramai, BoBoiBoy Movie 2 juga terdapat di Netflix tetapi untuk Asia Tenggara sahaja. Jika boleh ditonton di luar Malaysia, sudah pasti ia akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia di luar negara menikmatinya.

Sejak mula ditayangkan pada 23 Jun lepas, filem yang diinspirasikan daripada sejarah tanah air itu telah berjaya menjadi antara perbualan utama di media sosial selain membangkitkan semangat kepahlawanan apabila ramai yang berpakaian Melayu lama dan bertanjak, ketika hadir ke pawagam untuk menonton.



Filem yang melibatkan kos sebanyak RM8 juta itu dibarisi pelakon hebat, seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon Indonesia yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.

Belum ada Netflix? Jangan risau, anda boleh langgannya sekarang dengan harga serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD.

[Sumber: MalaysiaDateline, Awani]

Tags: Mat KilauNetflix
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan disiarkan di Netflix, boleh ditonton di TV atau peranti mudah alih

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan disiarkan di Netflix, boleh ditonton di TV atau peranti mudah alih

25 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER