• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Avata, dron FPV kalis newbie yang versatil

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:02 pm
  • 26/08/2022
  • Komen
DJI Avata, dron FPV kalis newbie yang versatil
Share on FacebookShare on Twitter

DJI memperkenalkan satu dron dalam kategori FPV yang kami rasakan mesra pendatang baharu (newbies). Ini adalah dron FPV kedua selepas DJI FPV yang mereka lancarkan dalam bulan Mac 2021 lalu. Dron FPV ada kelebihan berbanding dorn biasa disebabkan saiznya kecil menyebabkan ia boleh beroperasi dalam ruangan sempit.

Harga DJI Avata di Malaysia

DJI Avata sudahpun mula dijual di Malaysia. Sekiranya berminat, anda boleh berkunjung ke laman Shopee, Lazada ataupun pengedar-pengedar sah mereka di seluruh negara. Berikut adalah harga jualan DJI Avata di Malaysia:



  • DJI Avata (badan sahaja) – RM2,499
  • DJI Avata Fly Smart Combo – RM4,899
  • DJI Avata Pro-View Combo – RM5,899

Kalau anda beli set termurah, anda memang tak dapat apa-apa termasuklah sebarang alat kawalan. Mungkin ia ditujukan untuk yang dah terhempaskan unit mereka dan ingin cari pengganti.

Dalam Fly Smart Combo, ada dapat aksesori macam DJI FPV Goggles V2 dan DJI Motion Controller. Satu lagi kombo adalah Pro-View Combo yang berikan anda DJI Goggles 2 bersama-sama DJI Motion Controller.



Spesifikasi DJI Avata

Mesra newbies yang saya maksudkan adalah pada segi kelengkapan yang mensasarkan pada keselamatan drone. Kipas propeller dron ini dilindungi kerangka getah yang bukan saja melindungi komponen itu daripada rosak, malah ia tidak mencederakan orang di sekelilingnya jika terlanggar.

Gambar di atas adalah DJI FPV, dron FPV pertama daripada DJI yang kipas penujahnya terdedah.

Lagi komponen keselamatan yang sangat dialu-alukan adalah sistem pengesan halangan bawah. Ia jadikan DJI Avata cukup selamat untuk diterbangkan pada altitude rendah.

Untuk yang belum yakin, DJI ada sediakan program simulasi untuk anda asah skil penerbangan anda sebelum pergi ke dunia sebenar.

Satu lagi kelebihan DJI Avata berbanding dron FPV konvensional bila menggunakannya dalam penghasilan video adalah ia tidak memerlukan kamera kedua, khas untuk merakam. Dalam dron FPV konvensional, akan ada kamera iaitu satu untuk pilot dan satu untuk merakam.

Dengan menggabungkan dua kamera ini jadi satu, ia boleh mengekalkan bentuk kompak yang leper. Kamera dron ini terdiri daripada sensor 1/1.7” yang mampu merakam video pada resolusi setinggi 4K@60 ataupun pada 1080p@120 bila dron dipadankan bersama DJI FPV Goggles V2.

DJI FPV Goggles 2

Tentang gogel, DJI membangunkan gogel khas untuk Avata, ia digelar DJI Googles 2. Gogel ini akan menjadi kokpit yang salurkan segala maklumat penerbangan sewaktu operasi. Suapan video daripada lensa kamera Avata dialirkan secara digital dengan latensi serendah 30ms. Ia berbeza daripada suapan dron FPV konvensional yang menggunakan isyarat analog.

Ada dua kaedah mengawal dron yang boleh digunakan. Kaedah pertama adalah menggunakan pad peka pergerakkan (motion controller) daripada DJI FPV sebelum ini ataupun menggunakan pad kawalan biasa.

Dua jenis alat kawalan

Satu bateri penuh pada dron ini boleh berikan waktu operasi sekitar 18 minit, bergantung kepada keadaan persekitaran.

Kit Fly More mengandungi dua bateri dan hab pengecas pula dijual pada harga USD279 (RM1,248).

Tags: djidji avatadron
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DJI Avata, dron FPV kalis newbie yang versatil

DJI Avata, dron FPV kalis newbie yang versatil

26 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER