Dunia dron jenis First Person View (FPV) miliki barrier of entry yang sangat tinggi. Yang ingin berkecimpung dalamnya perlu tahu 3 komponen utama iaitu dron, alat kawalan, dan gogel.

Disebabkan setiap satunya sangat modular, kerja rumah yang sangat rumit perlu dilakukan. Di DJI, menerbangkan DJI FPV adalah semudah terbangkan dron DJI yang lain, itulah yang saya nampak pada dron terbaru mereka ini. DJI berjaya gabungkan keseronokan dron FPV dengan pengalaman yang dipermudah pada dron DJI sebelum ini.
DI bahagian dron, DJI telah membasmi keperluan kamera sekunder khas untuk pilot sebaliknya hanya satu kamera diperlukan untuk tujuan merakam dan navigasi. Kamera ini masih kekalkan keperluan lantensi rendah untuk pilot dan pada masa yang sama boleh rakam sehingga 4K60.

Kamera pada DJI FPV hanya menyokong penstabil mekanikal satu paksi sahaja iaitu paksi Y. Tapi jangan risau, kamera pada dron ini menyokong EIS RoackSteady seperti yang anda jumpa pada DJI Osmo Action.
Walaupun tak miliki hayat bateri sepanjang dron lain, ini adalah dron terpantas DJI dan ia mampu capai 140km/j, dua kali ganda berbanding DJI Mini 2 yang boleh pergi sepantas 75km/j.

Setahu saya, ini adalah dron FPV pertama yang dilengkapi sistem keselamatan penerbangan. Bahagian bawah dan depan ada sensor jarak dan dalam badannya ada sensor satelit navigasi untuk fungsi Return To Home (RTH).
Komponen kedua DJI FPV adalah DJI FPV Goggles V2, dron ini adalah yang paling futuristic pernah saya lihat dan nampak selesa. Ia ada paparan 1440×810 pada kadar refresh sehingga 144fps. Latensi video yang anda lihat melalui gogel ini adalah sekitar 28ms, kadar yang boleh diterima akal kerana ia sekitar latensi bila anda main permainan dalam talian.

Kalau nak kongsi pemandangan gogel anda, sehingga 8 unit gogel boleh berhubung antara satu sama lain. Terdapat sejumlah butang pada gogel ini yang boleh digunakan untuk tujuan navigasi menu.
Komponen ketiga DJI FPV ialah alat kawalannya. Ada dua jenis alat kawalan yang boleh pengguna dapatkan iaitu DJI FPV Remote Controller dan Motion Controller.

FPV Remote Controller rupanya sama macam alat kawalan biasa. Ia boleh berhubung dengan dron sejauh 10km dan padanya terdapat macam-macam butang untuk mengawal dron. Tapi yang paling pentang, anda ada butang RTH yang tiada pada dron FPV lain.
Ia sangat berguna bila anda berada dalam situasi anda tersesat dan ingin pulang ke lokasi berlepas, ia mampu pulang secara automatik bila anda tekan butang itu ataupun bile dron kehilangan isyarat.

DJI Motion Controller pula rupa seperti tuil pesawat terbang. Uniknya dengan cara kawalan sebegini, anda hanya gunakan sebelah tangan untuk kendalikan dron.

Harga DJI FPV
DJI FPV ijual pada harga USD1,299 (RM5,262) untuk set yang mengandungi dron, DJI Remote Controller V2, FPV Goggles V2, dan 1 bateri). Flymore Combo boleh anda dapatkan pada harga USD2999 (RM1,211). DJI Motion Controller pula dijual berasingan pada harga USD199 (RM805).
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.