• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi dikesan bangunkan pengecas 210W, tapi untuk produk apa?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:15 pm
  • 29/08/2022
  • Komen
Xiaomi dikesan bangunkan pengecas 210W, tapi untuk produk apa?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pengkalan data pensijilan peralatan elektronik di China, terdapat pensijilan untuk pengecas Xiaomi yang mampu bekerja pada kadar 210W. Sekiranya produk ini wujud, ia tentu sekali pengecas terpantas pernah dikeluarkan syarikat itu.

Berdasarkan tangkap layar laman web pensijilan tersebut, kita dengan jelas boleh melihat senarai voltan dan arus yang mampu keluar melalui output port pengecas ini. Bermula daripada bawah adalah 5V/3A, 9V/3A, 11V/6A, 17V/10.5A, 20V/10A, dan akhir sekali 20V/10.5A.



Semua sedia maklum yang Xiaomi mengeluarkan banyak produk. Sehubungan dengan itu, kita masih belum mengetahui untuk apakah blok pengecas ini dihasilkan. Salah satu potensi adalah pada laptop gaming ataupun produk yang paling berpotensi adalah telefon kerana tahun 2021 lalu, Xiaomi pernah mendemonstrasikan pengecas 200W untuk Mi 11 Pro mereka.

Ketika itu, Xiaomi mempamerkan keupayaan pengecas ini mengisi tangki bateri 4,000mAh daripada sifar kepada 100% dalam masa cuma 8 minit sahaja. Sungguhpun sangat mengagumkan, pengguna perlu tahu yang kesan sampingan terhadap hayat bateri. Xiaomi berkongsi beberapa jawapan mereka terhadap pertanyaan yang hangat diutarakan pengguna.



Contohnya, selepas 800 kitaran nyahcas, kapasiti maksimum bateri akan menjadi sekitar 80% sahaja. Satu kitaran penuh nyahcas bolehlah dianggap apabila telefon menggunakan amaun tenaga yang menyamai satu tangki penuh bateri dan ia turut mengira apabila bateri dicas walaupun bateri tidak berada pada 0%.

Sumber: igeekphone

Tags: baterihyperchargepengecasan pantasxiaomixiaomi hypercharge
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi dikesan bangunkan pengecas 210W, tapi untuk produk apa?

Xiaomi dikesan bangunkan pengecas 210W, tapi untuk produk apa?

29 August 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN