• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OctaFX haram? Kini termasuk dalam senarai Amaran Bank Negara Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:07 pm
  • 30/08/2022
  • Komen
OctaFX haram? Kini termasuk dalam senarai Amaran Bank Negara Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang OctaFX kerana terlalu banyak iklan mengenainya terdapat di media sosial, termasuk di YouTube. Malah, beberapa nama terkenal menjadi muka utama iklan tersebut, antaranya ahli perniagaan Aliff Shukri, pelakon Fizo Omar dan selebriti Wak Doyok.

Tetapi jika anda mahu mula melabur di OctaFX, sebaiknya anda hentikanlah kerana badan pengawal selia kewangan negara, Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan bahawa OctaFX dimasukkan ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.



Kenapa syarikat dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan ini merbahaya?

Dalam kenyataan bertarikh 29 Ogos 2022, BNM telah menyenaraikan OctaFX di dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan. Nama yang terdapat di dalam senarai ini adalah syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

BNM juga menerangkan bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Beberapa lagi syarikat yang baru dimasukkan ke dalam senarai awal tahun ini adalah BTC Pelaburan Malaysia, Al Ayuni Investment Malaysia, Preferred Trust Investment Scheme dan Madinah Mining.



Sesiapa yang berurusan dengan syarikat atau entiti yang terdapat di dalam senarai ini, tidak akan dilindungi oleh BNM kerana ia di luar kawalan BNM. Jadi, walaupun OctaFX dilihat menggunakan ramai selebriti Malaysia, urusniaga atau pelaburan di platform tersebut adalah atas risiko pengguna sendiri.

Apa itu OctaFX?

Menurut OctaFX, mereka adalah sebuah broker antarabangsa yang telah menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Ia dikatakan telah dikawal selia dan memegang lesen di luar negara, tetapi menyediakan sokongan deposit dan pengeluaran ke akaun bank di Malaysia.

Apa yang menjadikan kerisauan adalah banyaknya iklan OctaFX disajikan kepada orang ramai di Malaysia. Malah, ia dihidangkan oleh selebriti Malaysia yang terkenal seperti Fizo Omar, Wak Doyok dan Aliff Shukri, dengan pelbagai kejayaan mereka berdagang di OctaFX.

Lebih awal lagi sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memasukkan OctaFX ke dalam senarai Amaran Pelabur kerana menjalankan aktiviti pasaran saham tanpa kawal selia.

2. BNM says the list is updated following assessments of reported entities and schemes, based on information received from members of the public.

The updated list can be found here:https://t.co/3wS7uagUGj

— BFM News (@NewsBFM) August 30, 2022

Ingat, jangan sebab seseorang itu popular atau ada misai yang tebal, anda perlu ikut nasihat kewangan dia. Kaji betul-betul dahulu atau ikut peraturan dan panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa. Dalam hal ini, seperti yang diberitahu oleh SC dan BNM.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: bank negara malaysiabnmfizo omarOctaFXwak doyok
Najib

Najib

POPULAR

OctaFX haram? Kini termasuk dalam senarai Amaran Bank Negara Malaysia

OctaFX haram? Kini termasuk dalam senarai Amaran Bank Negara Malaysia

30 August 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN