• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 5 IV: telefon flagship kompak paling unik gandingan ciri-ciri moden & purba

  • OLEH Najib
  • 3:42 pm
  • 02/09/2022
  • Komen
Sony Xperia 5 IV: telefon flagship kompak paling unik gandingan ciri-ciri moden & purba
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan ketibaan telefon pintar flagship mereka yang baru, Sony Xperia 5 IV. Ia mengekalkan rekaan kompak dan lebih kecil berbanding model jenama lain, bersama prestasi kelas flagship.

Beberapa ciri unik telefon Sony Xperia juga dikekalkan, menjadikan ia jauh berbeza daripada model arus perdana. Ini membuatkan ia bukan sahaja peranti yang nampak sangat berlainan, tetapi ada gaya tersendiri.



Spesifikasi Sony Xperia 5 IV

Prestasi tinggi di dalam Xperia 5 IV ini dihasilkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 1 terbaru. Ia dipadankan bersama RAM 8GB, serta storan dalaman UFS 256GB.

Keunikan telefon ini adalah ia masih memiliki slot kad mikroSD, sehingga 1TB. Selain itu, ia juga mengekalkan jek audio 3.5mm. Kedua-dua ciri ini sudah tidak dapat ditemui pada telefon pintar kelas flagship jenama lain.



Paparan Xperia 5 IV juga sangat unik, berbeza daripada telefon pintar lain. Ia menggunakan skrin OLED berukuran 6.1-inci dalam nisbah 21:9, boleh dikata agak kecil dan lebih lebar berbanding kebanyakan telefon pintar lain. Resolusinya HD Penuh dan ada kadar penyegaran 120Hz.

Skrin ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus di hadapan dan belakang badan, serta tiada takuk atau lubang padanya. Pengimbas capjari digabungkan bersama butang kuasa di sisi, bukannya di dalam skrin.

Disebabkan Xperia 5 IV memiliki bingkai di atas dan bawah yang agak tebal, ini membolehkan kamera hadapan di letak di luar skrin. Kamera hadapanya 12MP F2.0, menggunakan sensor Sony Exmor RS. Malah, ia juga ada butang kamera khas untuk memudahkan mengambil gambar dalam kedudukan melintang.

Di belakang, ia ada tiga kamera 12MP. Pertama adalah kamera utama 12MP F1.7, dengan sensor Sony Exmor RS sebesar 1/1.7-inci dan jarak fokal 24mm. Kedua kamera ultra lebar 12MP F2.2 dengan jarak fokal 16mm. Ketiga adalah kamera teleforo 12MP F2.4, berjarak fokal 60mm bersamaan zum optikal 2.5x.

Tenaga Xperia 5 IV disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas USB-PD 30W melalui USB-C, serta pengecasan wayarles Qi. Bagaimanapun kepala pengecas tidak lagi diberikan di dalam kotak, perlu dibeli berasingan.

Sistem bunyi stereo sebenar terdapat pada telefon ini, dihasilkan menerusi dua speaker di atas dan bawah telefon. Ia juga kalis air dan debu IP68, membolehkan ia bertahan sehingga 30 minit di dalam air bersih sedalam 1.5 meter.

Tarikh jualan di Malaysia

Sejurus pelancaran Xperia 5 IV di pentas antarabangsa, Sony Malaysia memaklumkan bahawa mereka akan menjual telefon ini di pasaran tempatan pada suku keempat 2022. Walaupun ia dilancarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan hijau, hanya warna hitam akan terdapat di Malaysia kelak.

Sony Malaysia belum mengumumkan harga jualan Xperia 5 IV. Tetapi melihatkan harga pelancaranya di Amerika Syarikat serupa dengan Xperia 5 III tahun lepas iaitu USD999, boleh dijangka harga Xperia 5 IV di Malaysia kelak adalah serupa iaitu RM4,599.

Memang Xperia 5 IV ini telah yang canggih dan sangat unik. Skrinnya tiada takuk dan lubang, masih ada jek audio 3.5mm dan slot kad mikroSD, serta kalis air dan debu IP68. Tetapi dengan harga melebihi RM4,000, pengguna ada banyak pilihan lain yang lebih hebat seperti Galaxy S22 Ultra dan iPhone 13 Pro.

Melainkan anda mahukan telefon dengan ciri unik tadi dan saiz skrin sedikit kecil, maka Xperia 5 IV adalah pilihan terbaik.

Bacaan Berkaitan

  • Tempahan awal Sony Xperia 10 IV ada hadiah fon telinga, tiada pengecas & kabel
  • Sony Xperia 1 IV kini boleh ditempah pada harga lebih RM6,000
  • Sony Xperia 5 III, telefon cilik flagship mula terima tempahan awal
Tags: Sonysony xperia 5Sony Xperia 5 IV
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Sony Xperia 5 IV: telefon flagship kompak paling unik gandingan ciri-ciri moden & purba

Sony Xperia 5 IV: telefon flagship kompak paling unik gandingan ciri-ciri moden & purba

2 September 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER