• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Seluruh dunia boleh tonton ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di Netflix mulai 16 September

  • OLEH Najib
  • 1:12 pm
  • 06/09/2022
  • Komen
Seluruh dunia boleh tonton ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di Netflix mulai 16 September
Share on FacebookShare on Twitter

Akhir bulan lepas, Netflix telah berkongsi petunjuk beberapa filem dan drama bersiri akan ditambah ke dalam kandungan mereka bulan ini. Hari ini, Netflix Malaysia pula mengesahkan bahawa filem Mat Kilau, akan dapat ditonton oleh pengguna Netflix di seluruh dunia tidak lama lagi.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan tersedia di Netflix pada Hari Malaysia, 16 September 2022. Kali ini, ia tersedia untuk ditonton di seluruh dunia tanpa sekatan lokasi, kecuali di Indonesia kerana ia akan bersiaran di Netflix sedikit lewat iaitu 14 Oktober 2022.



Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof, telah menjadi fenomena di Malaysia apabila menjadi filem paling tinggi kutipan tiket di Malaysia. Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam, ia telah mengutip sebanyak RM90 juta, mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta di Malaysia sebelum ini.

Filem yang menelan kos sebanyak RM8 juta itu dibarisi pelakon hebat, seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon Indonesia yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.



Berdasarkan kisah sejarah pejuang Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19, filem ini memaparkan perjuangan Mat Kilau yang mengetuai pemberontakan menentang penjajah British demi mempertahankan tanah air tercinta. Mat Kilau menjadi simbol kemerdekaan menerusi beberapa siri peperangan gerila yang diterajuinya selama beberapa tahun.

Rakyat Malaysia juga boleh menikmati hampir 150 kandungan keluaran Malaysia di Netflix dalam bentuk filem, drama dan siri animasi, menerusi koleksi Rekaan Rakyat. Antara tajuk yang tersedia adalah Lefetenan Adnan, Bukit Kepong, Polis Evo 2, Senario Lagi, Maria Mariana, Paskal, Ejen Ali, Upin Ipin dan banyak lagi. Semua semua kandungan tersebut boleh dilihat di sini.

Belum ada Netflix? Jangan risau, anda boleh langgannya sekarang dengan harga serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD.

Bacaan Berkaitan

  • Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan disiarkan di Netflix, boleh ditonton di TV atau peranti mudah alih
  • Netflix bawakan 3 filem tempatan menarik sempena Hari Raya
Tags: Mat KilauNetflix
Najib

Najib

POPULAR

Seluruh dunia boleh tonton ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di Netflix mulai 16 September

Seluruh dunia boleh tonton ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di Netflix mulai 16 September

6 September 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN