• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple gelabah, Brazil tak benarkan iPhone dijual di sana kerana tiada pengecas

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:09 pm
  • 07/09/2022
  • Komen
Apple gelabah, Brazil tak benarkan iPhone dijual di sana kerana tiada pengecas
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak iPhone 12 dilancarkan, Apple tidak lagi sertakan pengecas di dalam kotak untuk model iPhone terbarunya. Antara alasan Apple adalah kerana mereka ingin menyelematkan alam sekitar dan mahu kurangkan pencemaran udara.

Tapi nampaknya, semua alasan Apple ini tidak diterima oleh kerajaan Brazil dan pihak berkuasa Brazil (Senacon). Malah, mereka telah arahkan penggantungan penjualan iPhone yang tidak disertakan pengecas di sana. Bukan itu sahaja, pihak Kementerian Kehakiman dan Keselamatan Awam Brazil juga mendenda lebih BRL 12.275 juta (RM10.53 juta) ke atas pengeluar Apple.



Senacon juga telah menolak hujah Apple dengan mengatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa menjual telefon pintar tanpa pengecas boleh melindungi alam sekitar.

Bagi Senacon, dengan tidak menyertakan pengecas bersama iPhone, Apple sebenarnya secara tidak langsung memaksa pengguna membeli item kedua, iaitu pengecas untuk membolehkan peranti utama itu berfungsi. Bayangkan jika anda pertama kali membeli iPhone, bukankah anda juga terpaksa membeli pengecas bersamanya? Tambahan pula, harga iPhone tanpa pengecas bukanlah semakin murah. Sewaktu siri iPhone 11 dilancarkan dulu, harganya di Brazil dijual bermula dari BRL 5,799 (RM4975.67) untuk varian 128GB. Tapi, iPhone 12 mini 128GB yang hadir tanpa blok pengecas berharga BRL 5,999 (RM5147.27)



Bagi pihak Apple pula, mereka akan terus bekerjasama dengan agensi perlindungan pengguna Brazil Senacon untuk menyelesaikan masalah ini dan akan membuat rayuan tentang larangan penjualan iPhone tanpa pengecas di sana.

Arahan menggantung penjualan iPhone ini berlaku sehari sebelum iPhone 14 dilancarkan. Tentunya hal ini bakal mengecewakan peminat iPhone di Brazil yang menantikan pelancaran peranti ini di sana kerana model tersebut juga mungkin tidak akan dijual jika pengecas tidak disertakan. Isu pengecas iPhone ini bukanlah hal baru yang dibangkitkan. Sebab selain kes di Brazil, Apple juga pernah di saman oleh pengguna di China kerana tidak menyediakan pengecas di dalam kotak.

[Sumber: Reuters, gov.br]

Tags: appleiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Apple gelabah, Brazil tak benarkan iPhone dijual di sana kerana tiada pengecas

Apple gelabah, Brazil tak benarkan iPhone dijual di sana kerana tiada pengecas

7 September 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN