• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar Insta360 X3 terbocor, ia ada paparan peka sentuh lebih besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:15 pm
  • 07/09/2022
  • Komen
Gambar Insta360 X3 terbocor, ia ada paparan peka sentuh lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

Insta360 menjadualkan satu majlis pelancaran pada 8 September 2022 bagi mengumumkan produk baharu. Menghampiri tarikh tersebut, telahpun ada maklumat terbocor tentang produk yang ingin mereka perkenalkan kepada khalayak. Nama kamera yang akan dipamerkan kelak adalah Insta360 X3.

Insta360 X3 dikatakan kemas kini kepada Insta360 One X2. Selain memperkemas kamera, tatacara penamaan turut menerima rawatan yang sama apabila frasa “One” telah dibuang.



Berdasarkan imej-imej yang dikongsikan, Insta360 X3 adalah kamera 360 seperti sebelumnya tapi kini ia dilengkapi paparan lebih besar dan peka sentuhan. Dilaporkan juga yang kemampuan rakaman kamera versi akan datang ini masih kekal sama seperti sebelumnya tapi jangkakan kualiti imej lebih baik hasil penggunaan sensor imej yang lebih segar.

Insta360 One X2

Lain-lain tambah baik yang bakal ditemukan pengguna adalah prestasi kawalan suara yang lebih baik, sistem perpindahan file menggunakan Wi-Fi yang lebih pantas dan beberapa mode rakaman baharu.



Insta360 One X2 yang boleh didapatkan di Malaysia sekarang dijual pada harga RM1,699, RM200 lebih rendah berbanding harga pelancaran. Apabila versi baharu tiba kelak, jangkakan harga mencecah RM2,000 dek naik taraf yang bakal dibawakannya.

Sumber: WinFuture

Tags: insta360insta360 one x2insta360 x3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Gambar Insta360 X3 terbocor, ia ada paparan peka sentuh lebih besar

Gambar Insta360 X3 terbocor, ia ada paparan peka sentuh lebih besar

7 September 2022
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN