• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

3 Synology DiskStation serendah RM569 untuk dipertimbang sebagai peti kemas data anda

  • OLEH Penaja
  • 12:00 pm
  • 09/09/2022
  • Komen
3 Synology DiskStation serendah RM569 untuk dipertimbang sebagai peti kemas data anda
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Synology

Seandainya anda pembaca setia SoyaCincau BM, anda tentu telah miliki idea ringkas tentang sebuah Network Attached Storage (NAS). Sekiranya belum, anda boleh baca artikel terdahulu tentangnya.



Dalam artikel ini, 3 produk DiskStation daripada Synology telah disenaraikan sebagai pilihan mampu milik untuk solusi storan media anda.

DiskStation DS120j: NAS paling mampu milik

Ini adalah DiskStation paling sesuai untuk pengguna kali pertama. Harganya cuma RM569 untuk anda nikmati kecanggihan solusi storan yang dibawakan Synology.



DS120j hadir dengan 1 slot HDD yang boleh menyokong storan setinggi 16TB. Dengannya, anda boleh simpan segala macam data dan aksesnya dimana-mana jua menerusi telefon, tablet, dan komputer.

Apabila berada di ruang kerja anda, ia tidak akan menganggu kerana sewaktu beroperasi, paras bunyi yang dihasilkannya dicerap pada 16.3dB sahaja. Untuk perspektif, ia lebih senyap berbanding bunyi orang sedang berbisik.

Solusi storan DiskStation DS120j sesuai untuk individu persendirian ataupun keluarga kecil. Ruang storan boleh dikongsikan dalam kalangan ahli keluar untuk berkongsi dokumen, gambar, serta audia/video.

Data-data yang disimpan bukan sahaja boleh diakses di rumah, malahan apabila berada di luar melalui aplikasi Synology  Drive di telefon pintar ataupun komputer.

Anda boleh terokai Package Center untuk pasang pelbagai aplikasi menarik bagi daripada Synologi ataupun pihak ketiga untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu.

Seperti yang dimaklumkan tadi, disebabkan ia hadir dengan 1 slot HDD, tiada fungsi Synology Hybrid RAID (SHR) boleh digunakan untuk melindungi data di tahap lebih tinggi.

Di bahagian belakang setiap DS120j ada satu port LAN berkelajuan 1Gbps dan 2 port USB-A untuk tujuan perpindahan data.

DiskStation DS220j: Pusat Sehenti Terbaik Untuk Palayan Multimedia

Apabila anda sudah mahir dengan DiskStation DS120j dan ingin naik taraf. DiskStation DS220j adalah calon terbaik. DS220j disenaraikan di gedung dalam talian Synology pada harga RM950.

Model ini mengatasi kekurangan utama DS120j iaitu anda terima dua slot HDD. Hal ini bermakna anda boleh bangunkan storan berkeutuhan tinggi menggunakan sistem SHR.

Dengan SHR, risiko kehilangan data akibat HDD rosak menjadi rendah kerana salinannya saling disandarkan dalam kalangan dua HDD yang dipasang.

Anda masih menikmati manfaat daripada DiskStation DS120j seperti port LAN 1GB tapi 2 port USB pada DS220j adalah jenis yang lebih pantas iaitu USB 3.2 Gen 1 untuk perpindahan data lebih pantas.

DiskStation DS220j sesuai dijadikan hab kandungan multimedia. Anda boleh simpan segala gambar, video, muzik, ataupun muat turun filem kegemaran di sana dan layan segalanya di ruang tamu melalui TV pintar yang menyokongnya seperti Apple TV, Android TV, dan Samsung TV.

DiskStation DS220+: Solusi Kelas Permulaan Terbaik Keseluruhan

DiskStation DS220+ membawakan beberapa ciri NAS professional pada harga mampu milik. Anda beroleh segala-gala yang ada pada DiskStation DS220j dengan tambahan beberapa perkara.

Daripada luaran, anda dapat 1 port LAN tambahan untuk jadikannya 2 port LAN dengan sokongan Link Aggregation bagi tujuan perpindahan data lebih pantas dan selamat.

Berbekalkan dengan cip pemproses Intel Celeron dwiteras dan RAM 2GB DDR4 yang boleh dinaik taraf mengikut keperluan, DS220+ sesuai digunakan sebagai solusi storan untuk perusahaan kecil ataupun pelayan yang diakses pengguna luar.

DiskStation DS220+ boleh didapatkan pada harga RM1,650.

DSM UI memperkasa solusi storan Synology

Kesemua NAS yang disenaraikan di atas mempunyai satu persamaan iaitu mereka diperkasa sistem operasi Synology DiskStation Manager (DSM).

DSM kini berada dalam versi 7.1 dan ia menawarkan pengalaman antara muka yang lebih kemas, tahap kesalaman lebih tinggi, solusi storan awan lebih fleksibel, dan kemudahan pemantauan kelengkapan secara awan bagi memudahkan penyelenggaraan dilakukan.

Sebagai pentadbir sistem, anda boleh kawal selia pengguna yang menyertai DiskStation anda. Kebenaran akses aplikasi manakah yang boleh digunakan sesuatu pengguna boleh mempertingkat tahap keselamatan persekitaran storan anda.

Jangan terlepas promo Synology yang sedang berjalan

Synology kini sedang menjalankan promo menarik ke atas semua model DiskStation dari 9hb September hingga 16hb September 2022. Anda boleh pelbagai model DiskStaion pada harga diskaun bila anda dapatkannya secara dalam talian di Shopee . Anda perlu peka dengan promo-promo yang sedang berjalan sebab tanda harga produk-produk yang ditawarkan mungkin berubah-ubah bergantung kepada promo.

Bagi memudahkan anda mendapatkan DiskStation yang cocok dengan penggunaan, manfaatkan Synology NAS Selector. Seandainya anda ada persoalan tentang produk-produk Synology, mereka berbesar hati untuk membantu anda melalui pautan ini.

Ikuti juga perkembangan terbaharu Synology di Facebook.

Tags: dsm 7.1penajasynologysynology diskstationsynology diskstation manager
Penaja

Penaja

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
3 Synology DiskStation serendah RM569 untuk dipertimbang sebagai peti kemas data anda

3 Synology DiskStation serendah RM569 untuk dipertimbang sebagai peti kemas data anda

9 September 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER