• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Pemandu AirAsia Ride boleh menjadi pekerja tetap dan terima KWSP, PERKESO serta gaji bulanan bersama insentif sehingga RM8,000 sebulan

  • OLEH Najib
  • 7:38 pm
  • 13/09/2022
  • Komen
Pemandu AirAsia Ride boleh menjadi pekerja tetap dan terima KWSP, PERKESO serta gaji bulanan bersama insentif sehingga RM8,000 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Ride telah dilancarkan setahun yang lalu. Cabang perkhidmatan e-panggilan AirAsia Super App ini lahir sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sebagai ruang perniagaan baru AirAsia kerana sekatan penerbangan.

Kini, AirAsia mengumumkan satu langkah berani apabila menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada para pemandu AirAsia Ride. Pengumuman ini dibuat sebulan selepas AirAsia mengumumkan perkara yang sama untuk rakan penghantar bermotosikal.



Program Pemandu Sepenuh Masa AirAsia Ride ini berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2022. Pemandu daripada program sedia ada yang layak serta pemandu baharu, boleh memilih untuk menyertai program ini yang akan membolehkan mereka untuk memperoleh pendapatan asas bulanan sehingga RM3,500 termasuk faedah petrol, serta berpeluang untuk menjana jumlah pendapatan sehingga RM8,000 dengan tambahan skim insentif pemandu. Di samping itu, mereka juga layak menerima rangkaian penuh manfaat sebagai Allstar termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan termasuk untuk pasangan dan anak-anak, cuti tahunan dan manfaat pelancongan lain termasuk kadar diskaun kakitangan yang tinggi untuk penerbangan AirAsia.

Pemandu sepenuh masa AirAsia Ride juga akan diberikan keutamaan untuk tugasan di lapangan terbang, bagi membolehkan mereka untuk memperoleh pendapatan yang lebih daripada perkhidmatan angkut dan hantar, sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap penerbangan di rantau ini.



Untuk bekerja sepenuh masa, pemandu AirAsia Ride perlu bertugas selama 8 jam sehari, lima hari seminggu. Terdapat dua waktu syif akan disediakan, untuk mengimbangi permintaan pengguna.

Kepada pemandu AirAsia Ride sedia ada atau mereka yang berminat untuk menjadi pemandu sepenuh masa bersama AirAsia Ride, boleh mendaftar melalui borang ini.

AirAsia Ride kini beroperasi di sebelas lokasi di seluruh Malaysia, iaitu Lembah Klang, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Baru-baru ini AirAsia Ride telah melancarkan operasinya di Kota Kinabalu yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Panglima Jeffery Kitingan.

AirAsia Ride merancang untuk meluaskan operasi mereka ke Sarawak, selain ke negara ASEAN lain iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia tidak lama lagi. Perkhdmatan ini kini mempunyai 53,000 pemandu berdaftar di bawah platformnya dan telah melengkapkan sebanyak 2 juta tumpangan setakat ini.

AirAsia Ride menambah, mereka memperjuangkan tambang yang berpatutan kepada kedua-dua pemandu dan penumpang dan sentiasa mempertimbangkan kemampuan penumpang, di samping memberi faedah yang setimpal kepada para pemandunya dengan tambahan waktu perjalanan disebabkan trafik yang sesak.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Ini merupakan sesuatu yang wajar dilakukan. Kami akan sentiasa mengutamakan kakitangan kami. Sebulan yang lalu, kami telah menjadi yang pertama di rantau ini untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada pekerja penghantaran gig, dan hari ini kami ingin meraikan setahun pengoperasian airasia ride dengan mengumumkan tawaran pekerjaan secara sepenuh masa kepada pemandu airasia ride yang berkelayakan.

“Dalam sebuah perniagaan e-panggilan, para pemandu merupakan bahagian yang penting dalam operasinya. Sejak hari pertama kami menubuhkan airasia ride, kebajikan para pemandu merupakan keutamaan kami dan kami amat berbangga untuk terus kekal di hadapan melalui pengumuman hari ini. Pesaing-pesaing kami mendenda pemandunya untuk tidak mengambil tugasan, tetapi kami melihatnya daripada perspektif yang lain dan memberi ganjaran kepada para pemandu yang telah menunjukkan rekod yang baik dan komitmen yang tinggi kepada tugasan mereka dengan menawarkan laluan kerjaya yang kukuh bersama airasia ride.

“Sesiapa sahaja boleh memilih untuk menjadi pemandu sepenuh masa dengan pendapatan yang lebih baik serta dapat mengembangkan kerjaya mereka dengan menjawat jawatan korporat termasuk sebagai Pengurus Pengangkutan, Jurulatih Pemandu, Eksekutif Operasi dan banyak lagi. Para pemandu ini dapat menikmati pelbagai faedah sebagai Allstar apabila mereka menyertai ekosistem luas Capital A secara sepenuh masa, termasuk pendapatan tetap dan taraf hidup yang lebih baik. Ini semua tentang menambah nilai kepada kehidupan dan laluan kerjaya mereka, daripada menjadi seorang pemandu e-panggilan, mereka boleh menjadi kru kabin, juruterbang, penganalisis data, ahli pemasaran digital, menjadi sebahagian daripada pejabat korporat dan banyak lagi.

“Ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk menarik dan mengekalkan pemandu di samping memenuhi permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan e-panggilan, dan kami gembira untuk mengalu-alukan semua pemandu kami ke dalam keluarga Allstar,” tambah Tan Sri Tony Fernandes.

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia ambil rakan penghantar kerja sepenuh masa, apa manfaat yang mereka dapat?
  • Penumpang wanita AirAsia Ride kini boleh pilih pemandu wanita
  • AirAsia Ride dilancarkan, pesaing Grab terbaru dan ini kelebihannya
Tags: AirAsiaairasia ride
Najib

Najib

POPULAR

Pemandu AirAsia Ride boleh menjadi pekerja tetap dan terima KWSP, PERKESO serta gaji bulanan bersama insentif sehingga RM8,000 sebulan

Pemandu AirAsia Ride boleh menjadi pekerja tetap dan terima KWSP, PERKESO serta gaji bulanan bersama insentif sehingga RM8,000 sebulan

13 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER