• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A13 5G, satu lagi telefon 5G mampu milik yang tak perlu dimiliki

  • OLEH Najib
  • 1:18 pm
  • 13/09/2022
  • Komen
Galaxy A13 5G, satu lagi telefon 5G mampu milik yang tak perlu dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Rangkaian 5G semakin giat dibangunkan di Malaysia. Kerana itu, semakin banyak peranti 5G yang mampu milik ditawarkan. Terbaru, Samsung mengumumkan ketibaan Galaxy A13 5G, peranti yang sangat mampu milik dan menyokong 5G.

Bagaimanapun, harga telefon ini melebihi RM1,000. Galaxy A13 5G dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM1,099. Ia disertakan RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 128GB.



Ada 3 warna pilihan disediakan, iaitu biru, hitam dan oren. Ia kini telah dijual di Malaysia dan boleh didapati dari pengedar sah Samsung, serta atas talian di Stor Online Samsung Malaysia.

Spesifikasi Galaxy A13 5G

Pemproses Mediatek Dimensity 700 7nm digunakan di dalam Galaxy A13 5G, memberikan sokongan 5G padanya. RAM pula diberikan sebanyak 6GB, bersama storan dalaman 128GB dan ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk meluaskan storan.



Skrinnya jenis LCD 6.5-inci, dengan resolusi HD 720p dan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Bateri pula 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W USB-C.

Kamera di belakang ada tiga, gandingan kamera utama 50MP F1.8, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Tiada kamera ultra lebar di belakang. Kamera hadapan pula 5MP F2.0, terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Sistem operasi One UI Core 4.1 berasaskan Android 12 dipasang pada Galaxy A13 5G. Ini adalah sistem operasi yang lebih ringan daripada One UI biasa kerana ia tiada banyak fungsi canggih seperti Samsung Pay, Samsung Knox dan Bixby. Ia untuk memastikan peranti boleh berjalan lancar kerana kurang beban kuasa memproses.

Ada peranti Samsung lebih baik dan murah?

Jika dikaji semula peranti Samsung sedia ada, galaxy A13 5G kelihatan seperti turun taraf daripada Galaxy A22 5G yang dilancar Ogos tahun lepas. Kedua-duanya menggunakan cip Dimensity 700 tetapi Galaxy A22 5G ada kamera lebih baik iaitu kamera ultra lebar 5MP dan kamera hadapan 8MP.

Skrin mungkin agak kurang, masih LCD tetapi resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz di Galaxy A22 5G. Paling penting, ia ada RAM lebih besar iaitu 8GB dengan harga lebih murah, RM999 sahaja. Malah, ia masih dijual oleh Samsung Malaysia.

Nampaknya, Galaxy A22 5G adalah pilihan lebih baik kerana kamera lebih baik dan RAM lebih besar, serta harga lebih murah. Kelebihan Galaxy A13 5G hanyalah pada skrin 90Hz tetapi HD, yang dilihat tidak memberi kesan besar pada penggunaan biasa. Lebih baik skrin HD Penuh.

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy A13 dan Galaxy A23: Telefon mampu milik baru Samsung di bawah RM1,000
  • Samsung gayakan Galaxy A22 LTE & 5G dengan warna-warni pastel
  • Harga rasmi Galaxy A32 5G kini lebih murah
Tags: Galaxy A13 5GsamsungSamsung Galaxy A13
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A13 5G, satu lagi telefon 5G mampu milik yang tak perlu dimiliki

Galaxy A13 5G, satu lagi telefon 5G mampu milik yang tak perlu dimiliki

13 September 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER