• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tonton semula Mat Kilau, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan banyak lagi filem buatan Malaysia di Netflix

  • OLEH Najib
  • 1:05 pm
  • 16/09/2022
  • Komen
Tonton semula Mat Kilau, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan banyak lagi filem buatan Malaysia di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

16 September merupakan Hari Malaysia dibentuk, menggabungkan tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Hari ini diraikan dengan pelbagai perayaan di seluruh negara.

Jika anda tidak ke mana-mana, anda boleh turut sama menyertai kehangatan sambutan ini di rumah bersama Netflix. Ini kerana Netflix menyajikan tayangan filem buatan Malaysia yang menarik serta boleh menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia menerusi koleksi Rekaan Rakyat.



Di dalam koleksi ini, pelbagai filem yang dihasilkan rakyat Malaysia dan sesuai ditonton seisi keluarga disajikan. Berikut adalah 11 tajuk yang kami cadangkan untuk anda tonton di hari cuti ini.

1. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof, telah menjadi filem paling tinggi kutipan tiket di Malaysia. Ia telah mengutip sebanyak RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di pawagam.



Berdasarkan kisah sejarah pejuang Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19, filem ini memaparkan perjuangan Mat Kilau yang mengetuai pemberontakan menentang penjajah British demi mempertahankan tanah air tercinta. Mat Kilau menjadi simbol kemerdekaan menerusi beberapa siri peperangan gerila yang diterajuinya selama beberapa tahun.

2. Bukit Kepong (1981)

Satu lagi filem berdasarkan kisah benar. Ia menceritakan tentang bagaimana sepasukan polis mempertahankan balai polis Bukit Kepong daripada serangan komunis. Dibintangi oleh Jins Shamsudin, filem yang dilancarkan pada tahun 1981 ini diberi sentuhan digital untuk tontonan yang lebih baik daripada asal.

3. Leftenan Adnan (2000)

Filem ini turut dihasilkan dari kisah benar, tentang perjuangan Leftenan Adnan, salah seorang askar Rejimen Melayu yang menentang Tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Barisan pelakon popular menyertai filem ini, antaranya Hairie Othman, Umie Aida dan Faizal Hussein.

4. Puteri Gunung Ledang (2004)

Kisah lagenda popular tentang usaha Hang Tuah untuk meminang Puteri Gunung Ledang, bagi pihak Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud. Tetapi Puteri Gunung Ledang, iaitu puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah dari Majapahit sebenarnya menjalin perasaan bersama Hang Tuah.

Puteri Gunung Ledang meletakkan 7 syarat yang pelik jika Sultan Melaka mahu mengahwininya, salah satunya adalah darah anak Sultan Melaka sendiri. Antara taat kepada Sultan atau cintanya pada Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah terpaksa membuat pilihan yang sukar.

5. Bunohan (2012)

Filem aksi drama arahan Dain Iskandar Said ini menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 serta dicalonkan ke anugerah Oskar (Anugerah Akademi) 2013. Bunohan adalah sebuah kampung di Kelantan, mengisahkan tentang tiga adik beradik yang bergelut dengan kehidupan dan terpaksa pulang ke kampung mereka semula.

6. Once Upon A Time (Suatu Ketika, 2019)

Diadaptasi dari kisah benar, filem ini diarahkan oleh Prakash Murugiah dan dibintangi Namron serta Pekin Ibrahim. Membawakan mesej kesatuan rakyat Malaysia, ia menceritakan tentang perjalanan 12 orang budak kampung untuk memenangi pertandingan bolasepak menentang pasukan elit British.

7. Lagi-lagi Senario (2001)

Filem komedi malar segar oleh anggota Senario dan diarahkan Aziz M. Osman, membawa kisah masyarakat tentang persaingan dua kedai makan. Pelbagai perkara dilakukan antara kedua-dua kedai ini untuk menarik pelanggan dan menimbulkan pelbagai perkara kelakar dan mencuit hati.

8. Muallaf (2008)

https://youtu.be/sGl2vizkSCQ

Muallaf merupakan sebuah filem Malaysia arahan Yasmin Ahmad. Ia menceritakan bagaimana tiga orang individu mencari ketenangan hati menerusi agama. Ini merupakan filem kelima Yasmin Ahmad selepas Rabun, Sepet, Gubra dan Mukhsin.

9. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019)

Watak kembar yang popular di kalangan kanak-kanak, Upin & Ipin muncul dalam filem ketiga mereka, Keris Siamang Tunggal mengisahkan tentang pengembaraan mereka bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dongeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.

10. BoBoiBoy The Movie 2 (2019)

Hero kanak-kanak, BoBoiBoy berkuasa elemental berlawan dengan kuasa jahat purba, Retak’ka sambil mempertahankan kuasanya dari dirampas. Filem kedua ini merupakan sambungan daripada filem pertama serta musim pertama BoBoiBoy Galaxy.

11. Ejen Ali The Movie (2019)

Satu lagi animasi futurustik kanak-kanak yang popular, filem Ejen Ali mengisahkan tentang Ali, ejen kepada ajensi rahsia MATA dalam misi untuk menghentikan serangan merbahaya terhadap Cyberaya. Tetapi dalam masa yang sama, mula mempersoalkan kesetiaan kerana ada rahsia MATA yang baru diketahui Ali.

Tags: Hang TuahLeftenan AdnanMat KilauNetflixPuteri Gunung Ledang
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tonton semula Mat Kilau, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan banyak lagi filem buatan Malaysia di Netflix

Tonton semula Mat Kilau, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan banyak lagi filem buatan Malaysia di Netflix

16 September 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN