• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Youtube perkenal cara jana wang lebih mudah dari TikTok, hanya guna video pendek

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:37 pm
  • 19/09/2022
  • Komen
Youtube perkenal cara jana wang lebih mudah dari TikTok, hanya guna video pendek
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui Program Rakan Kongsi YouTube, pencipta kandungan berpeluang menjana pendapatan menerusi video yang dihasilkan. Menariknya, dilaporkan pada awal tahun hadapan, YouTube Shorts akan sertai program ini dan ia bakal memudahkan pencipta kandungan memperolehi wang yang dijana melalui iklan daripada video pendek.

Namun, bayaran untuk Shorts akan berbeza sedikit. YouTube akan kekalkan 55% daripada dana yang dijana, manakala 45% akan diagihkan kepada pencipta. Ini adalah berbeza dengan pembayaran video YouTube biasa.



Program Rakan Kongsi YouTube telah menemui pencipta kandungan selama bertahun-tahun dan pengguna boleh sertainya dengan mudah. Antara kelayakan minimum ialah miliki 1,000 subscribers dan 4,000 jam menonton dalam tempoh satu tahun. Selain itu, 10 juta tontonan pada Shorts dalam masa 90 hari juga akan menjadi sebahagian daripada kelayakan.

Di samping itu, YouTube juga akan beri peluang kepada pencipta kandungan untuk jana wang menerusi Shorts tanpa perlu menyertai Program Rakan Kongsi Youtube. Ini termasuklah keahlian saluran berbayar dan tip Super Thanks. Tapi untuk dua perkara ini YouTube masih belum dedahkan cara untuk gunakannya.



Dengan peluang menjana pendapatan di Shorts ini, pasti ia akan memudahkan pencipta kandungan menghasilkan video dengan lebih mudah sebab Shorts hanya memerlukan penghasilan video pendek. Dengan ciri ini juga, tentu ramai pengguna akan tertarik jadi lebih aktif di Youtube berbanding di Tiktok dan Reels.

Di Tiktok, pencipta kandungan berpeluang jana pendapatan melalui program Creator Next. Menerusinya, pengguna yang layak boleh kumpul berlian melalui Video Gift. Tapi, syaratnya lebih ketat berbanding Youtube, antaranya ialah mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 pengikut. Youtube lebih mudah untuk sertai kan? Jadi, pasti ramai yang tertarik menghasilkan kandungan di situ.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: YouTube Shorts
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Youtube perkenal cara jana wang lebih mudah dari TikTok, hanya guna video pendek

Youtube perkenal cara jana wang lebih mudah dari TikTok, hanya guna video pendek

19 September 2022
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026
Garmin perkenal Tactix 8 Cerakote Edition, harga RM7,099

Garmin perkenal Tactix 8 Cerakote Edition, harga RM7,099

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER