• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia tawar 5 juta tempat duduk percuma dan lancar penerbangan ke Jeddah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:05 pm
  • 20/09/2022
  • Komen
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi
Share on FacebookShare on Twitter

Nak terbang dengan kos rendah? AirAsia ada tawarkan jualan lima juta tempat duduk percuma dalam tempoh terhad. Jualan ini bermula sekarang sehingga 25 September 2022, anda boleh tempah penerbangan untuk ke seluruh Asean dan lokasi lain bagi tempoh perjalanan antara 1 Januari sehingga 28 Oktober 2023.

Bagi penerbangan domestik, anda hanya perlu bayar bermula daripada RM23 untuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain-lain. Manakala penerbangan Asean pula tambang bermula daripada RM54 .



Jualan tempat duduk percuma ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa yang popular di seluruh Asean termasuklah Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.

Jika anda nak melancong lebih jauh, jualan ini juga tersedia untuk syarikat penerbangan AirAsia X dan Thai AirAsia X bagi penerbangan ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland) dan India (New Delhi). Anda boleh nikmati tambang sehala daripada RM499 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed. Tempoh perjalanannya pula adalah antara 3 Oktober 2022 dan 28 Oktober 2023.



Pelancaran penerbangan ke Jeddah, Tokyo dan Sapporo

Selain itu, AirAsia X juga umumkan penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah di Timur Tengah dan ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo, Jepun. Ia akan dilancarkan pada bulan November dan Disember, tapi sedia untuk ditempah mulai sekarang.

Laluan Kuala Lumpur ke Jeddah akan mula beroperasi sebanyak enam kali seminggu bermula 14 November. Bagi tempoh perjalanan antara 14 November 2022 dan 25 Mac 2023, tambang yang disediakan bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,999 untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Bagi tempoh perjalanan antara 21 November 2022 dan 24 Mac 2023 untuk Tokyo dan 1 Disember 2022 dan 1 Februari 2023 untuk Sapporo, tambang penerbangan terus bermula daripada RM599 untuk tempat duduk ekonomi. Manakala bagi Premium Flatbed pula ia berharga RM2,599.

Jika berminat, tempahan boleh dibuat terus dengan tekan pada ikon ‘Flights’ di aplikasi AirAsia atau belinya menerusi laman web mereka di sini. Pastikan anda tempah sekarang sebelum kehabisan tempat duduk.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi

AirAsia tawar 5 juta tempat duduk percuma dan lancar penerbangan ke Jeddah

20 September 2022
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN