• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

TIPS iOS 16: Ini cara terpaling pantas untuk hasilkan WhatsApp sticker

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:27 pm
  • 21/09/2022
  • Komen
TIPS iOS 16: Ini cara terpaling pantas untuk hasilkan WhatsApp sticker
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara mudah untuk pengguna WhatsApp cipta pelekat menggunakan komputer. Dengannya, anda tak perlu muat turun sebarang aplikasi lain untuk buang latar belakang gambar bagi hasilkan pelekat. Tapi kini, ada cara lagi senang untuk pengguna iOS 16 hasilkannya. Menerusi iPhone, anda boleh buang latar belakang subjek di dalam gambar dan jadikannya pelekat tanpa perlu lakukan suntingan rumit.

Pelekat itu kemudiannya boleh dibawa ke aplikasi lain contohnya ke WhatsApp, Notes, Mail dan iMessage. Anda juga boleh salin gambar itu dan bawanya ke iMovie untuk letakkan pada latar belakang yang baru.



Lagi menarik, ciri ini bukan sahaja boleh digunakan pada gambar di dalam Photos tapi, anda juga boleh cubanya di mana-mana lokasi yang mempunyai gambar dalam iOS. Contohnya anda boleh terus buang latar belakang pada gambar apabila terima gambar dari seseorang melalui iMessage atau Mail.

Cara buang latar belakang pada gambar di Photos dan Internet

Untuk buang latar belakang pada gambar dan jadikannya pelekat di iOS 16 caranya sangat mudah, ikut langkah ini:



  1. Dalam Photos, tekan pada objek di dalam gambar yang anda mahu
  2. Kemudian akan keluar pilihan Copy dan Share. Anda boleh pilih mana-mana pilihan untuk kongsikan gambar itu
  3. Contoh anda nak kongsikan di Mail, anda cuma perlu tekan Share, kemudian pilih Mail
  4. Gambar tadi akan dibuang latar belakangnya
  5. Hanya objek akan tampil seperti pelekat pada halaman Mail
  1. Anda boleh guna langkah yang sama untuk tampal gambar objek pada Notes, iMessage, Telegram dan Whatsapp. Tapi yang saya perasan, apabila tampal di WhatsApp dan Telegram latar belakang warna putih akan turut serta. Jika tidak mahu, anda perlu buangnya menggunakan aplikasi lain.

Selain itu, jika jumpa gambar menarik di Internet dan mahu buang imej di latar belakangnya, ikut cara ini:

  1. Tekan gambar kemudian pilih Copy Subject
  2. Pergi ke platform lain yang anda mahu tempatkan gambar itu kemudian tekan paste
  3. Gambar yang anda pilih itu akan secara automatik dibuang latar belakang, hanya objek sahaja yang tinggal dan ditampal

Masalah pada ciri buang latar belakang

Walaupun senang digunakan, saya berjaya kenal pasti 2 masalah kecil pada ciri ini. Pertama, pelekat akan jadi comot jika objek dalam gambar tidak kelihatan jelas. Contohnya terdapat sisa latar belakang pada keliling objek atau objek kehilangan sedikit pada bahagian tepi. Macam gambar berus robot vakum di bawah, anda boleh nampak masih ada latar belakang tidak dibuang pada objek dengan baik.

Kedua, pelekat yang dihasilkan tidak disimpan di dalam galeri Photos. Jadi penyelesaiannya, saya perlu hantar pelekat itu kepada sesiapa melalui Mail atau WhatsApp kemudian muat turun pelekat itu dan simpannya di dalam galeri.

Namun, saya tetap sukakan ciri ini dan ia sangat berguna sebab boleh jimatkan masa jika perlu tukarkan gambar ke format PNG atau mahu hasilkan pelekat dengan cepat.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: appleiOS 16iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS iOS 16: Ini cara terpaling pantas untuk hasilkan WhatsApp sticker

TIPS iOS 16: Ini cara terpaling pantas untuk hasilkan WhatsApp sticker

21 September 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN