• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Ear (Stick) diperagakan di London Fashion Week tapi spesifikasinya masih kabur

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:34 pm
  • 23/09/2022
  • Komen
Nothing Ear (Stick) diperagakan di London Fashion Week tapi spesifikasinya masih kabur
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama Nothing telah menerbitkan satu teaser tentang produk audio yang bakal mereka lancarkan. Daripada utusan Twitter, mereka menggelarnya sebagai Ear (stick) dan nama itu selari dengan tatacara penamaan dua produk yang sudahpun berada dalam pasaran ketika ini iaitu Nothing Phone (1) dan Nothing Ear (1).

Produk itu diperagakan di satu acara fesyen iaitu London Fashion Week sewaktu sesi Chet Lo S23. Nothing Ear (Stick) adalah TWS yang berada di dalam bekas penyimpanan berbentuk silinder. Ia tidak menggunakan kotak kuboid sebelum-sebelum ini.



Bagaimana rupa fon putik itu masih belum didedahkan secara rasmi. Berdasarkan spekulasi, ia masih mirip Nothing Ear (1) yang asal. Maklumat yang masih tiada juga adalah spesifikasi teknikalnya.

Imej dipercayai Ear (1) Stick (sumber)

Sebagai rujukan, Nothing Ear (1) adalah fon putik berbadan lutsinar. Ia dilengkapi penyaring hingar aktif seperti AirPods Pro. Setiap unit fon putik ada pemacu audio sebesar 11.6mm di dalamnya. Bahagian atas putik boleh ditukar mengikut saiz telinga si pemakai. Daripada segi hayat guna, ia boleh berkhidmat selama 4 jam dengan ANC terpasang dan bekas penyimpanannya juga mengandungi bateri untuk berikan waktu guna sehingga 24 jam lamanya.



Nothing Ear (1) adalah produk kedua ataupun produk audio pertama daripada jenama Nothing. Ia dilancarkan dalam bulan Oktober 2021 lalu pada harga RM499.

Sumber: Nothing

Tags: audioNothingnothing ear (1)nothing ear (1) sticktws
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nothing Ear (Stick) diperagakan di London Fashion Week tapi spesifikasinya masih kabur

Nothing Ear (Stick) diperagakan di London Fashion Week tapi spesifikasinya masih kabur

23 September 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN