• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 12 ada diskaun RM300 di kedai Xiaomi Store

  • OLEH Najib
  • 3:09 pm
  • 23/09/2022
  • Komen
Xiaomi 12 ada diskaun RM300 di kedai Xiaomi Store
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi 12 merupakan telefon pintar kelas flagship bagi pengeluar dari China ini. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac lepas, bersama Xiaomi 12 Pro yang lebih besar dan berkuasa.

Kini, peminat boleh mendapatkan Xiaomi 12 pada harga lebih murah kerana Xiaomi Malaysia mengumumkan pemotongan harga sebanyak RM300 daripada biasa. Bagaimanapun, tawaran ini hanya terdapat di kedai fizikal Xiaomi Store.



Dengan diskaun RM300, ia menjadikan harga Xiaomi 12 cuma RM2,699 berbanding harga asal RM2,999. Promosi ini hanya diberikan untuk varian RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Tidak pula dijelaskan berapa lamakah diskaun ini diberikan.

Usah risau kerana Xiaomi Store terdapat banyak cawangan di seluruh Malaysia. Di Lembah Klang, anda boleh mencarinya di hampir semua pusat membeli-belah terkenal. Kedai fizikal ini juga terdapat di beberapa bandar di Sabah dan Sarawak. Anda boleh mencari Xiaomi Store berhampir anda, di peta ini.



Spesifikasi Xiaomi 12

Xiaomi 12 adalah peranti kompak kelas flagship, memiliki kuasa Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Tiada penggunaan RAM maya dan tiada juga slot kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Badan kecilnya memiliki skrin berukuran 6.28-inci, jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran adaptif 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass Victus melindungi lapisan luar dan pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Xiaomi 12 (kiri) dan Xiaomi 12 Pro (kanan)

Sistem tiga kamera digunakan di belakang, gabungan kamera utama 50MP F1.88, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Tiada kamera telefoto. Di hadapan pula menggunakan kamera 32MP F2.45 yang terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Bateri berkapasiti besar, 4,500mAh dipasang ke dalam telefon ini. Xiaomi menyatakan, ia adalah kapasiti bateri paling padat dimuatkan di dalam telefon yang sangat kompak. Tenaga mengecas yang tinggi turut disokong, sehinga 67W berwayar dan 50W wayarles.

Xiaomi 12

Sistem bunyi stereo menerusi dwi speaker yang menembak ke tepi, digunakan pada Xiaomi 12. Ia juga ditala oleh pakar bunyi antarabangsa, Harman Kardon dan menyokong sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Xiaomi 12 di Malaysia iaitu kelabu, ungu dan biru. Sistem operasi terbaru MIUI 13 berasaskan Android 12 dipasang pada Xiaomi 12. Ini menjadikan ia dijamin menerima kemaskini OS sehingga Android 15.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 12 dan 12 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Xiaomi 12: 6 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang siri ini
  • Xiaomi 12, peranti pertama berkuasa Snapdragon 8 Gen 1 akan dilancar pada 28 Disember
Tags: xiaomiXiaomi 12Xiaomi Store
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi 12 ada diskaun RM300 di kedai Xiaomi Store

Xiaomi 12 ada diskaun RM300 di kedai Xiaomi Store

23 September 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN