• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peniaga live media sosial diserbu KPDNHEP & barang jualan dirampas, apa salah dia?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:58 pm
  • 27/09/2022
  • Komen
Peniaga live media sosial diserbu KPDNHEP & barang jualan dirampas, apa salah dia?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ramai yang ambil peluang berniaga secara live untuk menarik ramai pelanggan. Ada yang lakukannya menerusi Shopee dan ada juga yang gunakan Tiktok. Jika anda salah seorang antara mereka, ingat jangan salah gunakan peluang itu dengan menjual produk tiruan sebab semua barangan jualan itu boleh disita. Ini secara tidak langsung akan membuatkan anda hadapi kerugian yang sangat besar.

Berlaku di Kota Bharu Kelantan, sebanyak 2,560 utas jam tangan berjenama dipercayai tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah premis. Peniaga terlibat yang berusia 26 tahun itu dikesan sering membuat live di laman sosialnya untuk jual jam tangan berjenama dengan cap dagangan tanpa kebenaran. Jam tangan itu dijual secara lelong dan kombo iaitu RM100 untuk tiga utas.



Pengarah KPDNHEP Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya menerima aduan berhubung seorang peniaga menjual jam tangan menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran. Mereka telah bertindak menjalankan risikan dan pemantauan selama seminggu lalu melakukan pemeriksaan bersama wakil pemilik cap dagang ke lokasi premis itu.

Siasatan mendapati lelaki itu membeli barangan tersebut dari luar negara sebelum menjualnya secara langsung atau secara dalam talian untuk dapat keuntungan tinggi sekali gus mengaburi pihak berkuasa. Kesemua jam tangan terbabit dianggarkan bernilai RM25,600 disita untuk siasatan mengikut Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.



Pemilik cap dagangan ada kuasa ambil tindakan

Anda perlu tahu, pemilik cap dagangan berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakan cap dagangan mereka tanpa kebenaran. Cap dagangan ialah tanda yang boleh dinyatakan secara grafik. Fungsi asalnya ialah untuk menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Sumber

Ingat, walaupun ada permintaan tinggi terhadap barang tiruan, elaklah dari menjualnya sebab anda boleh dikenakan denda kerana melanggar undang-undang. Platform media sosial juga sepatutnya mainkan peranan memantau dan sekat peniaga yang menjual barang tiruan supaya aktiviti ini tidak berleluasa.

[Sumber: HMetro, Myipo]

Tags: KPDNHEP
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Peniaga live media sosial diserbu KPDNHEP & barang jualan dirampas, apa salah dia?

Peniaga live media sosial diserbu KPDNHEP & barang jualan dirampas, apa salah dia?

27 September 2022
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN