• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Venu Sq 2 dinaik taraf ke skrin AMOLED dan tahan sehingga 12 hari

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 29/09/2022
  • Komen
Garmin Venu Sq 2 dinaik taraf ke skrin AMOLED dan tahan sehingga 12 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Jarang Garmin menghasilkan jam pintar berbentuk empat segi, tetapi ia berubah menerusi jam Garmin Venu Sq yang dilancar pada tahun 2020. Kini, Garmin memperkenal generasi kedua jam pintar ini, Garmin Venu Sq 2.

Mengekalkan rekaan empat segi, Venu Sq 2 adalah jam pintar dengan GPS terbina di dalam dan kini dinaik taraf dengan skrin AMOLED. Ia juga memiliki hayat bateri panjang, sehingga 11 hari untuk penggunaan biasa.



Harga Garmin Venu Sq 2

Jika dahulu Garmin Venu Sq dilancarkan di bawah RM1,000, generasi kedua ini dijual lebih mahal sekarang. Ini bukan disebabkan inflasi atau turunnya matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar US, tetapi harganya di US juga naik USD50.

Harga rasmi Garmin Venu Sq 2 di Malaysia dan pilihan warnanya adalah seperti berikut:



  • Garmin Venu Sq 2 Grey/Slate – RM1,230
  • Garmin Venu Sq 2 White/Cream Gold – RM1,230
  • Garmin Venu Sq 2 Cool Mint/Metallic Mint – RM1,230
  • Garmin Venu Sq 2 Music Edition Black/Slate – RM1,480
  • Garmin Venu Sq 2 Music Edition Ivory/Peach Gold – RM1,480
  • Garmin Venu Sq 2 Music Edition French Gray/Cream Gold – RM1,480

Orang ramai boleh mendapatkan jam Garmin Venu Sq 2 di semua kedai Jenama Garmin, pengedar sah Garmin di Malaysia, serta atas talian di e-Store AECO, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Garmin Venu Sq 2

Perubahan generasi kedua jam empat segi Garmin ini dapat dilihat terus dari luarannya. Venu Sq 2 kini memiliki skrin lebih besar dan lebih cerah, menggunakan paparan AMOLED seluas 1.4-inci. Badannya diperbuat daripada aluminium dan tali pula daripada getah silikon.

Salah satu tarikan utama jam pintar Garmin, adalah hayat bateri yang sangat panjang. Venu Sq 2 kini boleh bertahan dua kali lebih lama dengan sekali cas. Penggunaan biasa jam pintar boleh hidup sehingga 11 hari, atau dengan mod penjimatan bateri sehingga 12 hari. Penggunaan GPS berterusan pula sehingga 20 jam, atau bersama muzik sehingga 7 jam (untuk Music Edition).

Bagaimanapun, Garmin masih belum menggunakan pengecas magnetik. Bagusnya, ia serasi dengan kebanyakan jam Garmin lain.

Peminat Garmin pasti tahu tentang ciri-ciri unik yang ada di kebanyakan jam Garmin. Di Venu Sq 2, ia memiliki pemantauan Body Battery untuk mengukur tahap tenaga harian pengguna. Ia juga dilengkapi pemantau waktu tidur bersama pemarkahan untuk mengetahui kualiti tidur pengguna.

Selain pengesan denyutan nadi, Venu Sq 2 turut mampu mengesan tahap oksigen dalam darah, pernafasan dan tahap tekanan perasaan. Pengguna boleh memeriksa statistik tahap fizikal dan mental mereka menerusi Health Snapshot, terus di jam atau di dalam aplikasi Garmin Connect.

Pengguna wanita turut disediakan fungsi pemantauan kitaran haid. Garmin bukan sahaja menyediakan anggaran masa haid, tetapi juga cara senaman dan pendidikan makanan yang sesuai.

Peminat kecergasan kini disajikan dengan lebih 25 pilihan aktiviti sukan di dalam atau di luar, termasuk HIIT. Khas untuk penggemar larian, terdapat pembantu maya Garmin Coach untuk melatih pengguna menyediakan diri untuk larian jarak jauh mereka.

Fungsi pintar di Venu Sq 2 membolehkan ia bersambung ke mana-mana telefon Android atau iPhone untuk menerima dan membaca SMS, notifikasi media sosial, email dan banyak lagi. Pengguna juga boleh mengubahsuai muka jam, menambah aplikasi dan banyak lagi menggunakan aplikasi Garmin Connect. Venu Sq 2 juga hadir dengan ciri keselamatan seperti penjejak dan pengesan jatuh, untuk menghubungi kenalan secara atuomatik jika berlaku kemalangan atau insiden tidak diingini.

Bagi Venu Sq 2 Music Edition, ia mampu menyimpan sehingga 500 lagu di dalam jam untuk dimainkan tanpa perlu bersambung ke telefon pintar. Pengguna boleh memuat turun senarai lagu daripada aplikasi popular seperti Spotify, Deezer dan Amazon Music.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Venu Sq 2.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Venu Sq pecah tradisi jam bulat Garmin
  • Garmin Forerunner 955 & Forerunner 255: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Garmin Vivosmart 5 dilancar dengan pemantau tidur tercanggih
Tags: garminGarmin Venu Sq 2Venu Sq 2
Najib

Najib

POPULAR

Garmin Venu Sq 2 dinaik taraf ke skrin AMOLED dan tahan sehingga 12 hari

Garmin Venu Sq 2 dinaik taraf ke skrin AMOLED dan tahan sehingga 12 hari

29 September 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER